Analisis Kesopanan Bahasa dalam Novel Melunas Rindu: Aplikasi Maksim Leech dan Grice
(Linguistic Politeness in the Novel Melunas Rindu: An Application of the Maxims of Leech and Grice)
Abstrak
Makalah ini membincangkan kesopanan bahasa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu, iaitu komponen sastera (Komsas) untuk para pelajar Tingkatan 4 di Zon 4 (negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ditumpukan pada dialog watak utama dan watak sampingan dalam Bab 5 novel ini. Dialog yang menjadi data kajian dianalisis berdasarkan model kesopanan Leech dan model kesopanan Grice. Kedua-dua model ini mengemukakan maksim kesopanan yang perlu dipatuhi bagi mewujudkan situasi bebas konflik. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, analisis teks dan kuantitatif. Berdasarkan pengklasifikasian dan analisis yang dilakukan, dapatan kajian memperlihatkan hanya empat daripada enam maksim Leech dan dua maksim Grice yang dipatuhi. Novel ini memaparkan kesopanan bahasa yang dominan berdasarkan paparan analisis kesopanan maksim Leech dan Grice yang sekali gus menggambarkan sosiobudaya Melayu.
Kata kunci: Komsas, prinsip kesopanan, prinsip kerjasama, sosiobudaya, pola maksim, pola kombinasi maksim, maksim kebijaksanaan, leksikal
Rujukan
Asmah Haji Omar, 1996. Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brown, P. & Levinson, S.C., 1987. Politeness Some Universals in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.
Fauziah Ahmad, Zalina Mohd Lazim dan Kalthum Ibrahim, "Komsas: Penguasaan, Konflik dan Harapan Pelajar" dlm. Jurnal Linguistik 10:1, hlm. 118-36, 2010.
Grice, H.P, 1975. "Logic and Conversations" dlm. Cole, P., & Morgan (ed.). Syntax and Semantic: Speech Act. New York: Academic Press.
Hartini Hamzah, 2010. Melunas Rindu. Edisi Murid. Kuala Lumpur Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid. "Bahasa Halus Paparan Kesantunan Melayu". Dewan Bahasa. hlm. 12-15, Mac 2010.
Kamus Dewan, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementeran Pendidikan Malaysia.
Leech, Geoffrey, 1983. Principles of Pragmatics. New York: Longman.
Mohammad Bin Idris, 2000. "Kesantunan Berbahasa dalam Perbualan Keluarga Melayu". Tesis Sarjana. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Mohd Yazid Bin Haji Kassim, 2005. "Genre Drama dalam Teks Sastera: Kajian Kandungan Nilai". Tesis kedoktoran. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1993. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Hatini binti Zolkifli dan Siti Saniah Abu Bakar, 2011. "Unsur Eufemisme dalam Novel Papa dan Azfa Hanani" dlm. Jurnal Bahasa 12:1, hlm. 83-108, 2011.
Nor Azian Ab. Aziz, 2005. "Analisis Kesantunan Berbahasa: Satu Kajian Kes". Tesis Sarjana. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Norazlina Mohd Kiram. "Kesantunan Berbahasa Cerminan Peribadi Mulia". Dewan Bahasa hlm. 59-61, Februari 2010.
Noriati Abd. Rashid, 2013. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tenas Effendy, 2011. Kesantunan dan Semangat Melayu. Pekanbaru Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.
Teo Kok Seong. "Kesantunan Berbahasa Kes Bahasa Melayu" dlm. Dewan Bahasa, hlm. 14-23, Mac 2003.
Teo Kok Seong, 2012. "Kejayaan Komunikasi Cina-Melayu : Kes Cina Peranakan Kelantan yang Mengamalkan Kesantunan Bahasa Melayu" dlm. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (ed.). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. "Akhlak Mulia melalui Kesantunan Berbahasa" dlm. Dewan Bahasa hlm. 54-55, April 2009.
Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama, "Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah" dlm. Jurnal Bahasa 12:2, hlm. 321-28, 2011.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.