Kampar dalam Geolinguistik dan Geobudaya Melayu

(Kampar in Geolinguistics and Geoculture of Malay)

  • Asmah Haji Omar Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya

Abstrak

Makalah ini membincangkan perkaitan linguistik, budaya dan kekeluargaan orang Kampar di Sumatera, dengan mereka yang telah menetap di Semenanjung Malaysia, di beberapa negeri seperti Pahang, Perak, Selangor dan Kedah. Bukti hubungan ini tercatat dalam sejarah Kesultanan Melaka pada abad ke-15, terutamanya ketika anak Sultan Mahmud, sultan Melaka terakhir, dilantik sebagai raja di Kampar yang ketika itu adalah sebahagian dari kesultanan Melaka. Sultan inilah, Sultan Mudzaffar, yang kemudiannya menjadi sultan Perak, dan dengan itu bermulalah dinasti kesultanan Perak sehingga hari ini. Walau bagaimanapun Kampar telah wujud dalam sejarah dunia Melayu pada abad ketujuh lagi, berdasarkan Inskripsi Siriwijaya Kedukan Bukit (682M). Kajian ini juga meneliti interpretasi frasa minanga tamvan (transkripsi Coedes) yang digunakan dalam inskripsi itu, dan juga meneliti makna frasa-frasa yang memberi konteks penggunaannya dalam usaha menjelaskan kedudukan Kampar dalam sejarah sebagaimana yang direkodkan dalam inskripsi berkenaan.


Kata kunci: Kampar, transkripsi Coedès', inskripsi Sriwijaya, minanga tamvan

Rujukan

A. Samad Ahmad, 1979. Sulatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2003."Geolinguistics and the Diffusion of Malay" dlm. Asmah Haji Omar (ed.). The Genius of Malay Civilisation. Tanjong Malim: Institute of Malay Civilisation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Haji Omar, 2005. Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Bahasa Melayu di Samudera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2013. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Asmah Haji Omar, "Language Use in the Malay Community of Mecca" dlm. International Journal of Humanities, Social Sciences and Education 1:9, hlm. 22 - 32, September 2014.

Coedès, George, 2009. Inskripsi Melayu Sriwijaya. Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dari teks asal bahasa Perancis oleh Laurent Metzger, dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

De Casparis, J.G., 1956. Prasasti Indonesia II. Dinas Purbakala Republik Indonesia. Bandung: Masa Baru.

Gallop, Annabel Teh, 1994. The Legacy of the Malay Letter: Warisan Warkah Melayu. London: Published by the British Library for the National Archives of Malaysia.

Khoo Kay Kim, 2011. "Origins of the Perak Royal House" dlm. The Rulers of Malaysia. The Encyclopedia of Malaysia. Kuala Lumpur: Editions Didier Millet Sdn. Bhd.

New Straits Times, hlm. 20, 6 Disember 2014.

Poerbatjaraka, 1951. Riwayat Indonesia I. Djakarta: Jajasan Pembangunan

Slamet Muljana, 1981. Kuntala, Sriwijaya, dan Suwarnabhumi. Jakarta: Yayasan Indayu.

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba), 2008. Perjalanan ke Kedah, Perlis dan Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2015-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Haji Omar, A. (2015). Kampar dalam Geolinguistik dan Geobudaya Melayu. Jurnal Bahasa, 15(2), 201-218. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4264/1396