Strategi Kesantunan Berbahasa Masyarakat Adat Perpatih dalam Kata Perbilangan

(The Politeness Strategy of the Adat Perpatih Community in Adat Perpatih Sayings)

  • Norhana Bakhary Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Abstrak

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan strategi kesantunan dalam kata perbilangan adat perpatih. Data kajian diambil daripada ungkapan kata perbilangan adat yang digunakan dalam empat peristiwa perundingan adat perpatih, iaitu istiadat kerjan, istiadat memulih pusako, istiadat berkodim dan istiadat merisik dan peminangan. Data kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan prinsip kesantunan berbahasa (Leech, 1983). Hasil kajian mendapati bahawa strategi kesantunan berbahasa dalam ungkapan kata perbilangan adat khususnya yang digunakan dalam sesuatu peristiwa perundingan untuk menyampaikan sesuatu mesej, terpancar dalam ujaran penutur yang membawa maksud tersirat. Ciri bahasa yang terdapat pada kata perbilangan adat yang mengandungi sisipan bahasa kiasan, pemilihan bentuk bahasa yang bersifat halus dan sopan, di samping penggunaan dialek atau kata berunsur tempatan, berjaya membentuk kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi yang disulami tatatertib dan adab untuk mengekalkan hubungan mesra, harmoni dan mewujudkan kerjasama antara peserta yang terlibat dalam sesuatu peristiwa perundingan.


Kata kunci: kesantunan berbahasa, istiadat kerjan, istiadat memulih pusako, istiadat berkodim, istiadat merisik, peminangan

Rujukan

Ahmad Khair Mohd. Nor, Ungkapan Halus yang Lebih Halus dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 2:2, Mei, 2002.

Al-Attas, Syed Muhammad Naqiub, 1990. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Alias Sidek, 1999. Penglihatan Orang Melayu dalam Peribahasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 2000. Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2002. Setia dan Santun Bahasa. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.

Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, C.C., 1951. Malay Saying. Singapore: Graham Bash.

Dharmawijaya, 1994. "Perbilangan Adat Perpatih: Ditinjau dari Segi Keindahan Bahasa" dlm. A. Samad et al. (ed.) Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Eelen, Gino, 2001. Kritik Teori Kesantunan. Abdul Syukur Ibrahim (ed.). Surabaya: Airlangga University Press.

Errington, Frederick K., 1984. Manner And Meaning in West Sumatera: The Social Context of Consciousness. New York: Yale University.

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, 2008. Hati Budi Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.

Jamaliah Ali, 1997. "Malaysian Student Seminar: A Study of Pragmatic Features in Verbal Interaction". Tesis Ph.D. University Malaya.

Janney, R.W dan Arndt, H., 2005. "Intercultural Tact Politeness in Language". dlm. Richard Watts, Sachiko Ide, Konrad Ehlich (ed.) Mouton de Gruyter. New York.

Kamus Dewan Bahasa, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, G., 1983. Principles of Pragmatic. London: Longman.

Marlyna Maros, 2011. "Jenis dan Fungsi Sapaan serta Persepsi Kesantunan dalam Interaksi di Kaunter Pertanyaan" dalam Jurnal Bahasa 11, 2011

Md. Sabri bin Che Man, 2004. "Wacana Wawancara Formal Bahasa Melayu: Satu Kajian Etnografi Komunikasi". Tesis Ph.D. Universiti Putra Malaysia.

Mohammad Fadzeli Jaafar, 2000. "Tradisi Kesopanan dalam Pantun Melayu" dlm. Darwis Harahap (peny.) Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rosli Saludin, 2010. Teromba Sebagai Wahana Komunikasi Adat Melayu Tradisional. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Mohd Rosli Saludin, 2011. Seri Menanti: Tanah Beradat Bermula di Sini. Selangor: Crescent News Sdn. Bhd.

Md. Sharif Fakeh Hasan, 1988. "Sejarah Kedatangan Adat Perpatih ke Negeri Sembilan dan Kaitannya di Minangkabau". Kertas Kerja Seminar Persejarahan Adat Perpatih. Anjuran Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan. 10-12 April 1974. Seremban.

Mustafa Atan, 2010. "Implikatur dalam Ujaran Watak dalam Filem Seniman Agung P. Ramlee". Tesis Ph.D. Universiti Putra Malaysia.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2009. "Penguasaan Gaya Bahasa Teras Keperkasaan Bahasa Melayu". Kertas kerja Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu dalam Komunikasi Era Globalisasi Anjuran Universiti Malaysia Terengganu.

Norhalim b Hj Ibrahim, 1996. Perkahwinan Adat di Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Norhalim b Hj Ibrahim, 2003. Glosari Adat Negeri Sembilan. Shah Alam: AFY Communications.

Noriati A. Rashid, 2004. Kesantunan dalam Majlis Pertunangan. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Shamsul Amri, 2007. "Globalisasi dan Adat Perpatih: Satu Ulasan Kritis" dlm. Adat Perpatih (Esei Pilihan). Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.

Teo Kok Seong, "Kesantunan Berbahasa: Kes Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Bahasa 3:1, 2003.

Winstedt, R.O., 1931. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yaakob Idrus, "Perbilangan Adat Pinang Minang" dlm. Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia 11, 1986.

Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, "Akhlak Mulia Melalui Kesantunan Berbahasa" dlm. Jurnal Bahasa 9, 2009.
Telah diterbitkan
2014-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Bakhary, N. (2014). Strategi Kesantunan Berbahasa Masyarakat Adat Perpatih dalam Kata Perbilangan. Jurnal Bahasa, 14(2), 239-271. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4273/1377