Analisis Frekuensi Asas (F0) Bunyi Vokal Bahasa Melayu: Pencerakinan Berdasarkan Fonetik Akustik

(Analysis of Acoustics Fundamental Frequency (F0) of Malay Vowel: A Comparative Study on Gender)

  • Shaharina Mokhtar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Shahidi A.H. Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Badrulzaman Abdul Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian berdasarkan impresionistik oleh ahli linguistik tempatan Malaysia masih belum mencapai satu ketentuan yang tepat dalam menentukan perbezaan penghasilan bunyi vokal mengikut gender. Kajian terdahulu tentang bunyi vokal bahasa Melayu lebih bersifat umum (huraian pola bunyi vokal tanpa menyatakan perbezaan antara lelaki dengan perempuan). Makalah ini merupakan kajian dalam bidang fonetik yang memanfaatkan kaedah spektrograf untuk meneliti sifat akustik bunyi vokal bahasa Melayu berdasarkan gender. Seramai lima orang penutur lelaki dan lima penutur perempuan dewasa telah dipilih sebagai sebagai subjek. Beberapa sampel ujaran telah dirakam dan kemudiannya dianalisis secara spektrografik dengan menggunakan perisian Praat. Tumpuan kajian adalah pada isyarat akustik, iaitu frekuensi asas (F0). F0 merupakan isyarat akustik yang menunjukkan tahap kelangsingan (pitch) gelombang bunyi. F0 merupakan frekuensi terendah atau harmonik pertama pada signal gelombang periodik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan F0 yang signifikan antara penghasilan bunyi vokal lelaki dengan perempuan. Kajian ini diharap dapat memperjelas sifatakustik bunyi vokal bahasa Melayu.


Kata kunci: fonetik, akustik, frekuensi asas, gender, kelangsingan

Biografi Penulis

Shaharina Mokhtar, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Jabatan Sains Sosial, Kolej Pengajian Asas dan Umum
Shahidi A.H., Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Badrulzaman Abdul Hamid, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan

Rujukan

Clark J. & Yallop C., 1996. An Introduction to Phonetics and Phonology. Oxford UK: Blackwell Publisher.

Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hayward K., 2000. Experimental Phonetics. England: Perarson Education Ltd.

Hillenbrand, J.M., Getty, L.A., Clark, M.J. and Wheeler K., "Acoustic Characteristics of American English Vowels" dlm. The Journal of the Acoustical Society of America 97, hlm. 3099-111, 1995.

Hua Nong Ting, See Yan Chia, Badruzaman Abdul Hamid & Siti Zamratol Mai Sarah Mukari, "Acoustic characteristics if vowels by normal Malaysian Malay young adults" dlm. Journal of Voice hlm. 1-5, 2010.

K. Zhang, T.H. Siegmund, R.W. & Chan, "A Constitutive Model of the Human Vocal Fold Cover for Fundamental Frequency Regulation dlm. Journal Acoustic Society America 119:2, hlm. 1050-062, 2006.

Keith, J., 2003. Acoustic & Auditory Phonetics. Oxford: Blackwell Publishing Ltd.

Kent R.D. & Read C., 1999. The Acoustic Analysis of Speech. San Diego: Singular Publication.

Ladefoged P., 2004. A Course in Phonetics. University of California: Thompson Wadsworth Publications.

Mohd. Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Nik Safiah et al., 1989. Tatabahasa Dewan. Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Muktharuddin Raja Mohd Dain, 1985. Ilmu Fonetik dengan Latihan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

Peterson, G. E. and Barney, H. I., "Control Methods Used in the Study of Vowels" dlm. Journal of the Acoustical Society of America, 24, hlm. 75-184, 1952.

Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Titze, I. R., Physiologic and Acoustic Differences Betwee Male And Female Voices dlm. Journal of Acoustical Society of America 85:4, hlm.1699-707, 1989.

Zanten E. V., 1989. Vokal-vokal Bahasa Indonesia: Penelitian Akustik dan Perceptual. Balai Pustaka. Jakarta.
Telah diterbitkan
2014-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mokhtar, S., A.H., S., & Abdul Hamid, B. (2014). Analisis Frekuensi Asas (F0) Bunyi Vokal Bahasa Melayu: Pencerakinan Berdasarkan Fonetik Akustik. Jurnal Bahasa, 14(2), 289-300. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4275/1379