Aspek Kata Kerja dalam Dialek Melayu Sekadau: Suatu Pengenalan
(Verb Aspect in the Malay Dialect Sekadau: an Introduction)
Abstrak
Makalah ini menghuraikan aspek kata kerja dalam Dialek Melayu Sekadau (DMS) dengan melihat aspek kata akar kata kerja, penanda aktif, pasif dan antipasif. Dialek ini dituturkan di Daerah Sekadau terletak kira-kira 300 km dari Bandar Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Di daerah ini, DMS berfungsi sebagai lingua franca tempatan. Dialek ini merupakan bahasa ibunda untuk suku Melayu, bahasa interaksi oleh suku Cina dan Dayak. Setakat ini, hanya sedikit penelitian yang berkaitan dengan DMS atas faktor lokasinya yang terletak jauh di kawasan pedalaman. Kajian ini menemukan bahawa kata nama dapat beralih kepada kata kerja tanpa perubahan morfologikal; prefiks N- merupakan penanda aktif sementara prefiks d- adalah penanda pasifnya. Prefiks be- pula adalah penanda antipasif dalam DMS.
Kata Kunci: dialek Melayu Sekadau, kata kerja, aktif, pasif, antipasif
Rujukan
Chong Shin, 2005. "Pemilihan Bahasa dalam Masyarakat Multilingual: Minoriti Cina di Pekan Sekadau, Pulau Borneo." Disertasi Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chong Shin, 2012. Pemilihan Bahasa dalam Masyarakat Multilingual: Minorita Tionghoa di Kota Sekadau, Pulau Borneo. Jakarta: Penerbit ATMAJAYA.
Collins, J. T. 2002. Bahasa dan Identiti di Pulau Borneo: Tinjauan Awal di Kalimantan Barat. Majalah Dewan. 2(4): 29-35.
Enthoven, J.J.K., 1903. Bijdragen tot de geographie van Borneo's wester-afdeeling. Leiden: E.J. Brill.
Tjia, Johnny, 2007. "A Grammar of Mualang: An Ibanic Language of Western Kalimantan, Indonesia." Disertasi Ph.D. Leiden University.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.