Hubungan Preposisi dalam Gerak Ruang Bahasa Melayu Berdasarkan Representasi Struktur Konseptual dengan Representasi Ruang
(Relations of the Preposition in Motion Verb of the Malay Language Based on Conceptual Structure Representation with Spatial Representation)
Abstrak
Gerak merupakan perubahan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Tipologi gerak ini memerlukan peranan preposisi sebagai indikator dan komponen utama bagi mengekspresikan arah gerak tersebut. Kajian ini tertumpu pada gerak ruang dan preposisi yang hadir bersama-samanya seperti dari, daripada, ke, kepada, di, di seberang, di sekitar, di sekeliling dan di sepanjang dengan memberikan fokus pada sudut pandangan struktur konseptual (abstrak). Data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada Pangkalan Data Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia sebagai bahan dan contoh kajian. Penganalisisan data menggunakan Teori Struktur Konseptual (TSK) oleh Jackendoff (1997 & 2011). Pemetaan argumen ini merangkumi tiga tatatingkat utama, iaitu pemetaan kepada representasi Peraturan Argumen-Adjung, representasi struktur konseptual dan representasi ruang. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran gerak ruang bersifat arah, tambah, menjadi dan orientasi hadir dalam fungsi [PERISTIWA] dan [KEADAAN] yang boleh diramalkan kehadiran preposisinya seperti dari, daripada, ke, kepada, di, di seberang, di sekitar, di sekeliling dan di sepanjang dalam hala bersifat terikat, arah dan laluan. Representasi ruang juga menunjukkan adanya pengkonseptualan dimensi yang terlibat seperti DIM 0D, DIM 2 (0+E) DIR dan DIM 2 (0 + E) DIR. Secara keseluruhan, kajian ini telah menunjukkan hubungan gerak dan preposisi dalam representasi struktur konseptual bersama representasi ruang.
Kata kunci: gerak, preposisi, argumen-adjung, konseptual, ruang
Rujukan
Dowty, David. (1991). Thematic proto-roles and argument selection. Language (67), 547-619.
Fillmore, Charles. 1965. Indirect object constructions and the ordering of transformation. The Hague: Mouton.
Fillmore, Charles. (1982). Linguistics in the morning calm Edited The Linguistics Society of Korea: Seoul: Hashin Publishing Company.
Fillmore, Charles. (1988). The mechanism of "Construction Grammar. Proceeding of the 14th Annual Meeting of the Berkeley Linguistics Society. Califf: University of California.
Jackendoff, Ray. (1983). Semantics and cognition. Cambridge: MIT Press.
Jackendoff, Ray. (1992). Language of the mind. Cambridge: MIT Press.
Jackendoff, Ray. 1992. Parts and boundaries. Lexical and conceptual semantics, Beth Levin dan Steven Pinker (EDS.). Cambridge: Blackwell MA.
Jackendoff, Ray. (1997). The architecture of the language faculty. Cambridge: MIT Press.
Jackendoff, Ray. (2002). Foundations of language: brain, meaning, grammar, evolution. London: MIT Press.
Jackendoff, Ray. & Cullicover, P.W. (2005). Simpler syntax. New York: Oxford University Press.
Jackendoff, Ray. (2007). Language of the mind: Essays on mental representation. London: MIT Press.
Jackendoff, Ray. (2010). Meaning and the lexicon: The parallel archicture 1975-2010. London: MIT Press.
Jackendoff, Ray. (2011). What is the human language faculty? Two views. Journal of Language, 87, 587-624.
Kamus Dewan. (2014). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Landau & Jackendoff. (1993). "What" and "where" in spatial language and spatial cognition. Journal of Behavioral and Brain Sciences, 16, 217-265.
Marr, David. (1982). Vision. San Francisco: Freeman.
Marr, David dan Vaina, L. M. (1982). Representation and recognition of the movements of shapes. Proceedings of the Research Society of London. 501-524.
Maslida Yusof. (2008). Pengelasan kata kerja bahasa Melayu: Pendekatan semantik berdasarkan role and reference grammar. Jurnal Bahasa, 8(1), 242-262.
Maslida Yusof. (2010). Analisis situasi gerak bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 11(1), 1-1.
Narasimhan, Bhuvana. (2002). Motions events and the lexicon: a case study of Hindi. Journal of Lingua, 123-160.
Petruck, Miriam R. L. (2009). Framing Motion in Hebrew and English. Jurnal Frames, Corpora and Knowledge Representation, 43-45.
Talmy, Leonard. (1975). Semantics and syntax of motion. Journal Syntax and Semantics, 4, 181-238.
Wöllner C., Deconinck, F. J., Parkinson, J., Hove, M. J., & Keller, P. E. (2012). The perception of prototypical motion: Synchronization is enhanced with quantitatively morphed gestures of musical conductors. Journal of Experimental Psychology: Human Perception and Performance, 38(6): 1390-1403.
Zelinsky, Cornelia. (1993). The semantics of preposition. New York: Mouton de Gruyer. David C. Bennet. 1975. Spatial and temporal uses of English preposition. London: Longman Group Ltd.
Zubizarreta, M. L. (2008). On the syntactic composition of manner and motion. California: MIT Press.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.