Penasalan Vokal dalam Dialek Melayu Hulu Pahang

(Vowel Nasalization in the Hulu Pahang Dialect)

  • Mohd Tarmizi Hasrah Universiti Utara Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan gejala penasalan vokal dialek Melayu Hulu Pahang dengan tumpuan khusus kepada subdialek Budu. Penumpuan ini dilakukan disebabkan gejala penasalan vokal dalam subdialek tersebut sangat unik berbanding dengan subdialek lain yang terdapat di Hulu Pahang khususnya dan di Semenanjung Timur amnya. Sekurang-kurangnya terdapat dua sebab yang menjadikannya unik, iaitu (1) penyebarannya terhad di Budu (dan kampung yang berdekatan) dan (2) penasalan tersebut hanya melibatkan vokal /a/ yang mengikuti konsonan nasal velar asal akhir. Persoalannya, bagaimanakah subdialek Budu memperoleh ciri yang dikatakan unik ini? Disebabkan kemunculannya hanya terbatas di Budu, dan hanya melibatkan lingkungan yang sangat khusus, maka proses asimilasi, walaupun ada, tidak memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan ciri vokal yang dinasalkan itu. Maka, dengan berpandukan tatakaedah dialektologi diakronik yang berasaskan penentuan inovasi bersama dan retensi (lihat Mahsun, 1995), yang juga merupakan tatakaedah sangat umum dalam linguistik sejarawi, selain pendekatan tipologi sosiolinguistik (Trudgill, 2011) bagi merungkai sejarah sosiolinguistik masyarakat Budu, makalah ini mempertimbangkan dua kemungkinan yang menjadi sebab kepada kewujudannya. Pertama pertembungan dialek dan inovasi berperingkat dalam sejarah subdialek Budu, dan kedua dialek Melayu Hulu Pahang. Kedua-dua kemungkinan ini sebenarnya saling berkait erat dan perlu ditangani secara bersama. Hasil analisis makalah ini menunjukkan bahawa fenomena dialek di Semenanjung Timur sangat rencam, dalam maksud, sebuah dialek menjadi sumber difusi, serentak dengan mempengaruhi jalur perubahan dan pengekalan dialek yang lain.


Kata kunci: penasalan, dialektologi Hulu Pahang, Budu, pertembungan dialek

Biografi Penulis

Mohd Tarmizi Hasrah, Universiti Utara Malaysia
Jabatan Bahasa Melayu Kontemporari Lecturer

Rujukan

Adelaar, Karl A. (1992). Proto-Malayic: the reconstructions of phonology and parts of its morphology and lexicon. Pacific Linguistics series. Canberra: Australian University Press.

Adelaar, Karl A. (2005). Salako or Badamea: sketch grammar, texts and lexicon of a Kanayatn dialect in West Borneo. Frankfurt: Harrassowitz Verlag.

Ajid Che Kob. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ajid Che Kob. (2008). Subklasifikasi dialek Melayu Patani-Kelantan-Terengganu: satu analisis kualitatif. Jurnal Melayu, 3, 12-22.

Asmah Hj. Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blust, Robert. (1997). Nasals and nasalization in Borneo. Oceanic Linguistics, 36(1), 149-179.

Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Campbell, Lyle dan Mixco, Mauricio J. (2007). A glossary of historical linguistics. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Collins, James. T. dan Husin Dollah. (1988). Catatan fonologi Kelantan: konsonan [ʕ]. Dewan Bahasa 32(12), 874-887.

Collins, James. T. (1983). Dialek Pahang: rangka pengenalan. Bahagian I dan II. Dewan Bahasa 27, 7-29; 99-118.

Collins, James. T. (1984). Penyengauan dan kesengauan vokal: maklumat dialek Melayu Tioman. Dewan Bahasa 28, 39-59.

Collins, James. T. (1989). Antologi dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, James. T. (1996). Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, James. T. (2016). Wibawa bahasa: kepiawaian dan kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farid M. Onn. (1980). Aspects of Malay phonology and morphology: A generative approach. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Hussein. 1973. Malay Dialects in Malay Peninsula. Nusantara 3(1), 69-79.

Keller, Rudi. (1994). On language change: The invisible hand in language. London: Routledge.

Nik Safiah Karim dan Rozita. (2016). Bahasa Melayu Kelantan. Kota Bharu: Majlis Agama dan Adat Resam Melayu Kelantan.

Mahsun, M. S. 1995. Dialektologi diakronis: Sebuah pengantar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Matisoff, James. (1975). Rhinoglottophilia: The mysterious connection between nasality and glottality. Charles Ferguson, Larry M. Hyman, and John Ohala, (Eds.), Nasálfest: Papers from a symposium on nasals and nasalization, 265-87. Stanford, California: Stanford University Language Universals Project.

Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman dan Shahidi A. H. (2011). Variasi dialek Pahang: keterpisahan berasaskan aliran sungai. Jurnal Melayu 5, 315-332.

Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman dan Shahidi A. H. (2014). Fosil dialek Melayu Hulu Pahang. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Tarmizi Hasrah. (2018). Analisis sejarah fonologi dan pengelompokan dialek Melayu hulu di bahagian timur Semenanjung Malaysia. Tesis doktor falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Mufwene, Salikoko. (2001). The ecology of language evolution. Cambridge: Cambridge University Press.

Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tadmor, Uri. (1992). Kepelbagaian dialek Melayu di sekitar Bangkok. Dewan Bahasa, 36(6), 484-501.

Trudgill, Peter. (1986). Dialect in contact. Oxford: Willey Blackwell.

Trudgill, Peter. (2011). Sociolinguistic typology. Oxford: Oxford University Press.

Wan Sulaiman Mohd Noor. (1983). Fonologi dialek Pahang: Kajian permulaan di sekitar Padang Tengku. Latihan ilmiah, Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yunus Maris. (1980). The Malay sound system. Cetakan kedua. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi generatif: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2019-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hasrah, M. (2019). Penasalan Vokal dalam Dialek Melayu Hulu Pahang. Jurnal Bahasa, 19(2), 199-230. doi:10.37052/jb.19(2)no2