Pengabsahan Mitos Kegagahan Badang melalui Metafora: Analisis Teori Relevans
(Validation Metaphor in Myth of Badang's Power through Metaphor: A Relevance Theory Analysis)
Abstrak
Mitos yang dicipta melalui metafora mempunyai unsur tersirat untuk tujuan pengabsahan, iaitu mengesahkan kedudukan raja dan kerajaan Melayu sebagai sebuah kerajaan yang hebat dan berdaulat. Mitos ini juga bertindak mengesahkan asal usul raja-raja Melayu sebagai susur galur keturunan yang mulia dan dihormati. Artikel ini memberikan fokus pada analisis makna metafora yang disampaikan oleh pengarang Melayu tradisional melalui kisah mitos kegagahan Badang. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan teori Relevans (TR), iaitu Rangka Rujuk Silang (RRS) dan konsep ad hoc. Data yang digunakan diambil daripada teks Sulalat al-Salatin (1997). Daripada sejumlah 26 data mitos yang dikeluarkan daripada teks, tiga data digunakan dalam analisis ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mitos kegagahan Badang membawa makna pengabsahan terhadap kedaulatan, kemerdekaan dan pengiktirafan yang diterima oleh susur galur raja dan kerajaan Melayu. Kisah yang dianggap mitos dan bersifat selapis ternyata mempunyai lapisan metafora yang tersirat maknanya. Makna sebenar metafora pengabsahan ini hanya dapat diinterpretasikan melalui analisis yang bersifat teoretis dan berpada. Melalui analisis yang dilakukan, didapati pengarang Melayu tradisional mempunyai kebijaksanaan dalam penyampaian mesej secara kiasan melalui mitos yang tersulam bersama sejarah.
Kata kunci: metafora, raja-raja Melayu, mitos, Teori Relevans, Sulalat al-Salatin
Rujukan
al-attas, Syed Muhammad naquib. (2011). Historical Fact and Fiction. Kuala lumpur: Penerbit utM Press.
Bottoms, J. c. (1965). Some Malay historical Sources: a bibliography note. dalam Soedjatmoko, Mohammad ali, Resink, G. J., & G. Mc t. Kahin (eds.). An Introduction to Indonesian Historiography. New york: cornell university Press.
Ding, choo Ming. (2009). Manuskrip Melayu: Sumber Maklumat Peribumi Melayu. Bangi : Penerbit universiti Kebangsaan Malaysia.
Ensiklopedia Global Edisi Milenium. (2001). Jil. 18. Kuala lumpur: Smart Genie corporation Sdn. bhd.
Harun Jaafar. (2004). Ikhtisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Klasik. Tanjong Malim: Penerbit universiti Pendidikan Sultan idris.
Hassan ahmad. (2016). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala lumpur: dewan bahasa dan Pustaka.
Hussain othman. (2009). Malay Historical Thought. Batu Pahat: Penerbit universiti tun hussein onn Malaysia.
Jong, P.e dejosselin. (1964). The character of the Malay annals. John bastin & R. Roolvink (eds.). Malayan and Indonesian Studies. Oxford: the clarendon Press.
Kamaruddin M. Said. (2007). Minda orientalis dan Minda Pascakolonial: Politik Membaca Hikayat Hang Tuah. Akademika, 70, 41-56.
Kamus Dewan. (2010). Ed. ke-4. Kuala lumpur: dewan bahasa dan Pustaka.
Maier, hendrik M. J. (1988). In the center of authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa. New york: cornell university.
Maizura osman & Nor hashimah Jalaluddin. (2013). Pemetaforaan mitos Kebijaksanaan Pengarang Melayu Memahami Khalayak. Nor hashimah Jalaluddin (ed.). Perihal Keintelektualan dan Kepengarangan dalam Teks Tradisional. Kuala lumpur: dewan bahasa dan Pustaka.
Maizura osman & Nor hashimah Jalaluddin. (2014). Social criticism via Myth and Metaphors: an ad hoc analysis. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 118, 265 - 272
Maizura osman & Nor hashimah Jalaluddin. (2018). Metafora Kritikan dalam Mitos Peminangan Puteri Gunung ledang: analisis Pragmatik. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11(1), 23-50.
Muhammad haji Salleh. (1997). Sulalat-al-Salatin,Yakni Perteturun Segala Raja-raja. Kuala lumpur: Yayasan Karyawan dan dewan bahasa dan Pustaka.
Muhammad haji Salleh. (2006). Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World. Pulau Pinang: Penerbit universiti Sains Malaysia.
Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanafi, Makmur Harun, dan Farra humairah Mohd. (2019). unsur Mitos berdasarkan teks Sastera Melayu tradisional. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2(6), 78-87.
Sperber, d. & Wilson, d. (1995). Relevance Communication and Cognition. Edisi ke-2. oxford: blackwell.
Yusoff iskandar. (1986). Mitos dan lagenda sebagai unsur Penulisan Sejarah Melayu. zahrah ibrahim (ed.). Sastera Sejarah; Interpretasi dan Penilaian. Kuala lumpur: dewan bahasa dan Pustaka
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.