Hipotesis Pengimbuhan me(N)- dan menge- dalam Bahasa Melayu Standard

(Hypotheses on the affixation processes of me(N)- and menge- of Standard Malay)

  • Sato Rahmat Hirobumi Krungthep, Thailand
  • Jamian Mohamad Universiti Malaya

Abstrak

Kajian ini memfokuskan selok-belok pertembungan awalan me(N)- dan pe(N)- dengan kata dasar dalam bahasa Melayu standard. Sesetengah pengkaji menggunakan idea "pilihan yang sedia ada", dan sesetengah pengkaji aliran generatif pula menggunakan idea "rumus generatif" untuk menetapkan bentuk meng- {məN-} dan peng- {pəN-} sebagai morfem dasar. Kedua-dua idea tersebut, pada hakikatnya, tidak lari daripada aturan asimilasi daerah artikulasi di sempadan dua morfem. Namun begitu, proses pertembungan dua morfem itu sebenarnya belum diperjelas dari segi fisiologi. Fenomena pertembungan dua morfem diperhatikan sejak abad ke-19 tetapi butir proses pertembungannya tidak diteliti secara saintifik. Rumus generatif yang digunakan ternyata tidak tepat dari segi eksperimen fizik. Artikel ini mengemukakan satu hipotesis terhadap proses kelahiran bentuk variasi awalan yang berkenaan pada mulanya dari segi fisiologi dan fonetik akustik berkomputer. Pada peringkat kedua, satu lagi bentuk awalan menge-, penge- atau apitannya menge-/-kan, penge-/-an dihipotesiskan sebagai bentuk bahasa Melayu yang baharu yang terpengaruh oleh awalan bahasa Sunda nge(N)-.


Kata kunci: asimilasi daerah artikulasi, bahasa Sunda, pertembungan dua morfem, pilihan yang sedia ada, rumus generatif, sifat vokal semu.

Biografi Penulis

Sato Rahmat Hirobumi, Krungthep, Thailand
Fakulti bahasa dan linguistik, universiti Malaya, Malaysia. Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universti Yala Rajabhat, Thailand
Jamian Mohamad, Universiti Malaya

Fakulti bahasa dan linguistik

Rujukan

Asmah Haji Omar. (2009) Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Kelima). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badings, A.H.L. (1913). Maleisch Woordenboek. Zwolle: W.E.J. Tjeenk Willink.

Chong Shin (ed.). (2019). Bahasa Ibanik di Borneo Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hollander, J.J. de. (1882). Handleiding tot de Beoefening der Maleische Taal en Letterkunde. 5de verbeterde druk. Breda: Broese & Comp. voor Koninklijke Militaire Academie.

Koizumi, Tamotsu (小泉保). (1996). 『音声学入門』 (An Introduction to Phonetics). Tokyo: Daigakushorin.

Malmberg, Bertil. (1970). La Phonetique (8 ème edition). Paris: Presses Universitaires de France.

Poerwadarminta, W.J.S. (1952, 1961). Kamus Umum Bahasa Indonesia (Tjetakan ke-2 dan ke-3). Djakarta: Balai Pustaka.

Sato, Hirobumi @ Rahmat. (2002). Kursus Permulaan Fonetik dan Fonologi(edisi ke-2). Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam.

Sato, Hirobumi @ Rahmat. (2015). Hipotesis Bunyi Palatalisasi [nj] dan Bunyi Belakang-Gusi [n] dalam bahasa Melayu: Penjelasan Fonetik Akustik. Jurnal Bahasa,15(2), 267-290. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sato, Hirobumi @ Rahmat & Manavavee Mamah. (2018). Vokal beraspirat dan Konsonan bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata bahasa Melayu. Jurnal Bahasa,18(1), 122-158. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidang editor Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Kamus Bahasa Malaysia (Edisi pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sutan Mohammad Zain. (circa 1951). Kamus Moderen Bahasa Indonesia. Djakarta: Grafica.

Tanaka, Harumi et al. (田中春美他). (1988). 『現代言語学辞典』 (Seibido's Dictionary of Linguistics). Tokyo: Seibido.

Teoh boon Seong. (2000). Varian Kata Terbitan Ekasuku Bahasa Melayu yang berimbuhan /MenG+/. Jurnal Pengajian Melayu, 10. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Uehara, Kunzo (上原訓蔵). (1944). 『最新マライ語時文指針』 (Saishin Malai-go Jibun Shishin). Tokyo: Obunsha.

Winstedt, R.O. (1913). Malay Grammar. Oxford: The Clarendon Press.

Zaharani Ahmad. (1993-1994). Pengimbuhan awalan Men- dengan Kata dasar bersukukata Satu: Masalah dan Penyelesaiannya. Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia,6, 66-77. Persatuan linguistik Malaysia.
Telah diterbitkan
2020-12-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hirobumi, S., & Mohamad, J. (2020). Hipotesis Pengimbuhan me(N)- dan menge- dalam Bahasa Melayu Standard. Jurnal Bahasa, 20(2), 231-266. doi:10.37052/jb20(2)no3