Masalah Komunikasi Lisan dalam Kalangan Pesakit Neuro di Kelantan
(Oral Communication Problems among Neurological Patients in Kelantan)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah berbahasa dan kesukaran yang dihadapi oleh pesakit neuro semasa berkomunikasi lisan. Kajian ini berasaskan kerangka teori "Model Komunikasi Lasswell" dan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data bahasa dengan komunikasi dikumpulkan berdasarkan interaksi antara penyelidik dan 12 orang pesakit neuro yang boleh berkomunikasi dua hala menggunakan soal selidik separa berstruktur. Interaksi lisan tersebut dirakamkan dan ditranskripsikan secara verbatim, serta dianalisis berdasarkan tema. Dapatan kajian menunjukkan enam daripada 12 orang pesakit neuro dalam kajian mengalami masalah dan kesukaran dalam komunikasi lisan. Daripada enam orang yang mengalami masalah dan kesukaran komunikasi lisan, seorang mengalami ketidaklancaran bertutur, dua orang mengalami ketidakmampuan memproduksikan ujaran, seorang mengalami kesukaran penyebutan dan dua orang tidak berkemampuan bercerita mengikut urutan peristiwa. Kajian juga mendapati banyak faktor yang menyebabkan kesukaran bahasa dan pertuturan dalam kalangan pesakit neuro seperti menghidap penyakit di otak, kecederaan kepala dan kecacatan artikulasi pertuturan. Dapatan kajian ini penting untuk memberikan kesedaran kepada pesakit, keluarga pesakit, kakitangan kesihatan dan orang awam tentang masalah komunikasi yang dihadapi oleh pesakit neuro supaya strategi intervensi yang sesuai dapat dilaksanakan.
Kata kunci: pertuturan, komunikasi lisan, kecacatan komunikasi, pesakit neuro, afasia
Rujukan
Abd. Rahim Mat Yassin. (1995). Analisis sebutan orang gagap (Tesis Sarjana tidak diterbitkan). Universiti Malaya.
Ahlsen, E. (2006). Introduction to Neurolinguistic. Amsterdam: John Benjamins Publishing.
Anderson, N. & Shames, G. (2013). Human communication disorders: An introduction. Harlow: Pearson Education Limited.
Black, J. dan Hawks, J. H. (2010). Medical-surgical nursing (8th edition). Singapore: Saunders Elsevier Pte, Ltd.
Che Rabiaah Mohamed. (Julai 2007). Bahasa pesakit strok. Dewan Bahasa, 7(7), 24-26.
Che Rabiaah Mohamed., Chua Bee Eng., & Abdullah Yusoff. (Jun 2011).Komunikasi verbal antara jururawat dengan pesakit di Unit Rawatan Intensif. Jurnal Bahasa, 2(1), 196-217.
Che Rabiaah Mohamed. (2007). Kecacatan pertuturan. Dewan Bahasa, 7(9), 53-55
Dalesman, R. J. P. Witte, L. Wades, D. & Heuvel, W.. (2010). Social participation through the eyes of people with aphasia. International Journal of Language & Communication Disorders, 45(5), 537-550,
Fredericks, C. (1997). Doctor-patient communication and cognitive outcome: An empirical study. Tesis Sarjana Falsafah. Universiti Malaya.
Goh & Teh. (1994). Bahasa tulisan: Analisis struktur sintaksis ayat berdasarkan teori tatabahasa transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haynes, W. & Pindzola, R. (2008). Diagnosis and evaluation in speech pathology. New York: Pearson
Hickey, J.V. (2014). The clinical practice of neurological and neurosurgical nursing (7th edition). Philadelphia: J.B. Lippoincott.
Hilari, K & Byng, S.. (2009). Health-related quality of life in people with severe aphasia dlm. International Journal of Language & Communication Disorders, 44(2), 193-205.
Jesus, L. M. Simoes. J. F.F. L. & Voegeli, D. (2013). Verbal communication with unconscious patients. Acta Paul Enferm, 26(5), 506-513.
Mohamed Haron. (1997). Mekanisme komunikasi verbal dalam mesyuarat. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Northcott, S.& Hilari, K.(2011). Why do people lose their friends after a stroke. Int J Lang Commun Disord, 46(5), 524-534.
Nunan, D. (1995). Research methods in language learning. New York: Cambridge University Press.
O'Halloran, R., Worral, L., & Hickson, L. (2011). Environmental factors that influence communication between patients and their healthcare providers in acute hospital stroke units: An observational study. Int J Lang Commun Disorders, 46(1), 30-47.
Ondondo, E. A., Acquired language disorders as barriers to effective communication. Theory and Practice in Language Studies, 5(7), 1324-1329, 2015.
Owens, R. E., Metz, D. E., & Haas, A. (2007). Introduction to communication disorders: A lifespan perspectives (3rd edition). New York: Pearson.
Rabia, A., Sikander, G. K., Manzoor, M. T., Ibrahim, M., Sadia, T & Safa, P. (2014). Prevalence of articulation disorder in school going children between ages of 8 to 12 years. International Journal of Rehabilitation Science, 3(1), 32-36.
Sataloff, R. T. (2011). Speech, language, and voice disorders. Ear, Nose and Throat Journal, 90(11): 506-508.
Shames, G. & Wiig, E. (2003). Human communication disorders: An introduction. London: Chales E. Merrill Publishing Company.
Simms, M. D. (2007). Language disoders in children: Classification and clinical syndrome. Pediatr Clin North Am, 54, 437-467.
Smeltzer, S. C. (2010). Medical-surgical nursing (12th edition). California: Lippincott -Raven Publishers.
Toshniwal, S. S.,& Joshi, N. A. (2010). Residual speech impairment in patients with traumatic brain injury. Indian Journal of Neurotrauma (IJNT), 7(1), 61-66.
Wenxiu, P. (2015). Analysis of new media communication based on Lasswell's "5W" model. Journal of Educational and Social Research, 5(3), 243-249.
Worral, L. et al. (2011). What people with aphasia want: Their goals according to international classification of functioning. Aphasiology, 25(3), 309-22.
Kata Kunci
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.