Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas

  • Noor Azureen Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Tajul Aripin Kassin Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kajian ini menganalisis dan menghuraikan penyebaran fitur dalam fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs) dengan mengkhususkan pembentukan geluncuran pada urutan vokal dan kata yang dihadiri oleh konsonan likuida /l, r/ dan konsonan nasal velar /ŋ/ di akhir kata dengan memberikan penjelasan secara teoretis berlandaskan teori autosegmental (Goldsmith, 1976, 1990). Data DMSbs memperlihatkan bahawa proses penyebaran fitur antara segmen dengan segmen bersebelahan dengan mengambil fitur daripada segmen berdekatan supaya menyerupai segmen tersebut. Setiap segmen memiliki titik artikulasi dan fitur distingtif tersendiri yang boleh tersebar kepada penggalan bersebelahan dan menyebabkan segmen bersebelahan berkongsi titik artikulasi yang sama. Proses pembentukan geluncuran dalam DMSbs berlaku selepas proses penyisipan vokal rendah [a] secara default apabila vokal tinggi /i/ dan /u/ mendahului konsonan likuida dan konsonan nasal velar /ŋ/ di akhir kata yang menghasilkan pembentukan urutan vokal, seterusnya mencetuskan proses penyebaran geluncuran daripada vokal tinggi. Proses penyebaran fitur ini menggambarkan kecenderungan segmen untuk menguasai segmen bersebelahan dengan menyebarkan fiturnya dan membentuk segmen yang mempunyai identiti yang serupa dengannya.


Kata kunci: penyebaran fitur, autosegmental, urutan vokal, geluncuran

Biografi Penulis

Noor Azureen Hamid, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

Tajul Aripin Kassin, Universiti Sains Malaysia

Pusat Pengajian Ilmu Sains Kemanusiaan

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bane, M., & Riggle, J., 2010. "The Typological Consequences of Weighted Constraints" dlm. Proceedings of CLS, 45, 1-20.

Chomsky, N.,& Halle, M., 1968. The Sound Pattern of English. NY: Harper & Row.

Chong Shin, "Bahasa Iban dan dialek Melayu di Saribas, Sarawak" dlm. The Sarawak Museum Journal LXII(83 New Series), 85-106, 2006..

Chong Shin, "Dialek-dialek Melayu di Lembah Baram" dlm. International Journal of the Malay World and Civilization 27:2, 59-71, 2009.

Clements, G. N., 1985. "The Geometry of Phonological Features" dlm. Phonology Year Book 2, 225-52.

Collins, J.T., 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T., "Malay Dialect Research in Malaysia: The Issue of Perspective" dlm. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 145:2, 235-64, 1989.

Collins, J.T., "Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di Sungai Saribas dan di Sungai Rejang" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 44:1, 2-17, 2000.

Davenport, M., & Hannahs, S.J., 2005. Introducing Phonetics and Phonology. (Second Edition). NY: Hodder Arnold.

Farid Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Goldsmith, J.A., 1976. "Autosegmental Phonology". Disertasi PhD. Massachusets Institute of Technology.

Goldsmith, J. A., 1990. Autosegmental & Metrical Phonology. Oxford, UK: Basil Blackwell.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia: Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Madzhi Johari, 1988. Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sagey, E. C., 1986. "The Representation of Features and Relations in Non-Linear Phonology". Disertasi Ph.D. Massachusetts Institute of Technology.

Tajul Aripin Kassin, 2000. "The Phonological Word in Standard Malay". Disertasi Ph.D. University of Newcastle, Newcastle.

Teoh, Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Unit Perancang Negeri Sarawak, 2011. Sarawak Facts and Figure. Kuching, Sarawak: Jabatan Ketua Menteri.

Zaharani Ahmad, "Fonologi Rangkap Vokal dan Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti" dlm. GEMA Online™ Journal of Language Studies 11:3, 5-30, 2011.
Telah diterbitkan
2013-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hamid, N., & Kassin, T. (2013). Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas. Jurnal Bahasa, 13(2), 217-242. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8132/3662