Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah

  • Shamsudin Othman Universiti Putra Malaysia
  • Abdul Rasid Jamian Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Makalah ini akan membahaskan kemahiran membaca yang akan dikaitkan dengan elemen seni bahasa dan mula dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011. KSSR memberi tumpuan pada empat kemahiran, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing, kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara "didik hibur" menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik serta temu bual bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Responden terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Ramalan hasil kajian ini ialah guru mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa serta dapat merangsang kemahiran membaca murid. Perkara yang turut diberi perhatian juga adalah penggunaan teks berunsurkan sastera turut dapat membina keyakinan dan keupayaan penghayatan yang lebih baik.


Kata kunci: elemen sastera, seni bahasa, kemahiran membaca, didik hibur, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Biografi Penulis

Abdul Rasid Jamian, Universiti Putra Malaysia

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan

Rujukan

Abdullah Hassan, 1987. Isu-Isu dalam pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin, 1999. Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kurik Kundi Merah Saga - Kumpulan Pantun Lisan Melayu, 2005. Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011. Standard Kurikulum Seni Bahasa dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan

Kurikulum. Majlis Peperiksaan Malaysia, 1992. Laporan Keputusan Peperiksaan 1991. Kuala Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia.

Marohaini Yusof, 1999. Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Kassim Ismail, 1996. "Pengajaran bahasa dalam sastera dan pengajaran sastera dalam bahasa". Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Pengajaran Kesusasteraan KBSM, pada 9- 10 Mac 1996, di Universiti Sains Malaysia.

Noriati A. Rashid, 2011. Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar.

Noraini Idris, 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Gram Hill Education.

Shamsudin Othman, 2004. "Seni Bahasa: Belajar sambil Berhibur atau Didik Hibur?" dlm. Kalam Bahasa. Kuala Lumpur: Sekolah Alam Shah. Ogos:10-14.
Telah diterbitkan
2013-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Othman, S., & Jamian, A. (2013). Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Bahasa, 13(2), 292-312. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8135/3666