Implikatur dalam Kes Pembunuhan Noritta: Analisis Teori Relevans

  • AMIRAH AHMAD AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM SHAH ALAM
  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Semantik ialah kajian mengenai makna. Pragmatik merupakan ilmu pelengkap semantik kerana pragmatik merupakan ilmu yang mentafsirkan makna melangkaui makna harfiah. Pragmatik sangat mementingkan konteks dan berguna dalam menginterpretasikan ujaran. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami prosiding dan perbicaraan mahkamah terutama jika melibatkan ujaran implikatur. Meskipun mahkamah menetapkan hanya kebenaran dan makna yang jelas sahaja yang boleh diguna pakai bagi mengelakkan keraguan, namun wujud juga ujaran implisit yang perlu dicungkil daripada sesi soal jawab tersebut. Makalah ini membincangkan kes perbicaraan Hanif Basri yang dituduh membunuh Noritta. Ternyata peguam defendan berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes ini sehingga tertuduh (Hanif) terlepas daripada hukuman mati. Teori Relevans diaplikasikan dalam kajian ini dan membuktikan bahawa ujaran yang bermanifestasi sangat penting bagi mengelakkan sebarang keraguan yang boleh memberikan kesan pada kes perbicaraan sepenuhnya.


Kata kunci: implikatur, perbicaraan, harfiah, keraguan, manifestasi

Rujukan

Anon. 2004. "Kes jadi perhatian" dlm. Harian Metro, 2 Julai: 12. Dipetik daripada http://www.nib.com.my [26 Ogos, 2010]

Arkib berita Harian Metro. Dipetik daripada http://www.nib.com.my pada 26 Ogos, 2010.

Blakemore,D. 1992. Understanding Utterances. Oxford: Blakewell.

Nor Hashimah Jalaluddin, "Keimplisitan Ujaran: Satu Analisis Teori Relevans" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 35:6, 474- 83, 1991.

Nor Hashimah Jalaluddin. 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, "Bahasa, Sosialisasi dan Kognitif: Satu Pendekatan Teori Relevans" Jurnal Dewan Bahasa 42:12, 1084-093, 1998.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sperber, D. & D. Wilson. 1995. Relevance Theory: Communication and Cognition. Oxford: Blakewell.

Verschueren, J. 1999. Understanding Pragmatics, London, Arnold.
Telah diterbitkan
2013-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
AHMAD, A., & Jalaluddin, N. (2013). Implikatur dalam Kes Pembunuhan Noritta: Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa, 13(1), 20-38. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8141/3654