Kajian Perbandingan Darjah Transitiviti Awalan Ber- Dan Per- Dalam Bahasa Melayu

  • Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin Universiti Sains Malaysia
  • Noor Azaliza Yahaya Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak

Kajian korpus berkomputer ini melibatkan dua imbuhan penting dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan ber- dan imbuhan per-. Penulis telah memilih secara rawak 20 ayat yang terkandung di dalamnya kata terbitan dengan imbuhan ber- dan 20 ayat dengan kata terbitan imbuhan per-. Kosa kata dasar bagi setiap 20 pasang ayat dengan per- dan ber- tersebut adalah sama. Objektif penting kajian ini ialah untuk menentukan tinggi atau rendah ketransitifan klausa yang hadir dalam tatabahasa dan wacana bahasa. Secara spesifiknya yang diteliti ialah kadar darjah transitiviti dua kumpulan ayat yang tersebut. Satu kumpulan mengandungi kata terbitan dengan imbuhan ber- manakala satu kumpulan lagi dengan kata terbitan imbuhan per-. 20 pasang ayat per- dan ber- dibandingkan bagi melihat darjah transitivitinya. Untuk tujuan ini, teori Hipotesis Transitiviti oleh Hopper & Thompson (1980) telah digunakan. Darjah transitiviti ini diukur dengan berpandukan 10 komponen yang ada dalam teori tersebut. Secara tidak langsung penulis telah dapat menjawab persoalan tentang imbuhan yang manakah lebih tinggi darjah transitivitinya, imbuhan ber- atau imbuhan per-.


Kata kunci: perbandingan, awalan per-, awalan ber-, darjah transitiviti, hipotesis transitiviti

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1991. Bahasa Melayu Abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqa'id Al-Nasafi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 1984. "Kesinambungan Bahasa dalam Karya Sastera Melayu: Satu Kajian Linguistik daripada Sudut Sintaksis". Tesis Sarjana Sastera. Jabatan Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Ahmad Mahmood Musanif, 1988. "Penambah Kata Kerja Bahasa Melayu Hari Ini dan Bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah: Satu Kajian Perbandingan Makna". Tesis Sarjana Sastera. Jabatan Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Abdul Jalil Haji Anwar, 1986. "Morfem Bahasa Melayu Klasik: Satu Kajian Berdasarkan Hikayat Raja-raja Pasai". Tesis Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Ahmad Ramizu Abdullah, 1994. "Kajian Penulisan, Pembentukan dan Penggunaan Kata dalam Hikayat Seri Kelantan". Tesis Sarjana Sastera. Jabatan Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Brakel. L.F., 1975. The Hikayat Muhammad Hanafiah. Bibliotheca Indonesica 12. The Hague: Martinus Nijhoff.

Cumming. S., 1991. Functional Change: The Case of Malay Constituent Order. Berlin. Mouton de Gruyter.

Fox. Barbara, 1982. The Focus System in Old Javanese, Tagalog, Chamorro and Proto-Malayo-Polynesian. (Manuskrip tidak diterbitkan).

Hopper. P. J & Thompson. S. A., "Transitivity in Grammar and Discourse" dlm. Language. 56 (2): 251-99 1980.

Ismail Hussein, 1974. The Study of Traditional Malay Literature with a Selected Bibliography. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed, 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang.Universiti Sains Malaysia.

Radiah Yusoff, 1995. "Satu Kajian Transitiviti dan Ergativiti dalam Bahasa Melayu". Tesis Sarjana Sastera. Universiti Sains Malaysia.

Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, 2002. "Kelas kata Kerja Imbuhan per-/ ber-/memper-,Berdasarkan Teks Abad ke-17 hingga Abad ke-20. Satu Perbandingan Antara Kajian Roolvink (1965) dengan Kajian Penulis (2000)" dlm. Dewan Bahasa hlm. 44, Januari 2002.mm Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, 2005. The Evolution of Malay Affixes. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.
Telah diterbitkan
2013-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Syed Jamaluddin, S., & Yahaya, N. (2013). Kajian Perbandingan Darjah Transitiviti Awalan Ber- Dan Per- Dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 13(1), 64-103. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8143/3656