Proses Nasalisasi Vokal dan Ciri Akustik Vokal Nasalan

  • Sato Rahmat Hirobumi Krungthep, Thailand

Abstrak

Sesetengah pengkaji tempatan telah merumuskan proses nasalisasi vokal bahasa Melayu secara teoretis, seperti (i) Nasalisasi secara progresif: V → Ṽ/[+nasal] ____, dan (ii) Nasalisasi secara regresif: V → Ṽ/____ [+nasal]. Makalah ini bertujuan untuk meneliti semula rumus ini dan memastikan ciri akustik vokal nasalan bahasa Melayu secara objektif, berdasarkan salah satu kaedah fonetik eksperimental, iaitu analisis akustik berkomputer. Eksperimen ini memfokuskan kata yang mengandungi kombinasi fonem -VKV atau -VKKV seperti /-iŋi/ atau /-iŋɡi/ yang mengikuti konsonan oral sahaja. Daripada hasil analisis terhadap sejumlah data eksperimen terbukti bahawa vokal nasalan memperlihatkan satu ciri kenasalan pada gambar spektrogram secara visual, iaitu komponen frekuensi tinggi bertaburan di atas jalur forman yang berfrekuensi sekitar 7,000Hz ke atas. Kombinasi fonem /iŋi/ dalam kata mengelilingi /məŋəliliŋi/, misalnya, menunjukkan nasalisasi dalam bentuk fonetik [iĩg̃ĩ ŋg ̃ĩ]. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa nasalisasi vokal berlaku apabila vokal oral didahului atau diikuti oleh konsonan nasal dalam serentetan ujaran. Namun, proses nasalisasi vokal pada kedudukan itu, pada hakikatnya, tidaklah semudah apa yang tergambar dalam rumus yang tersebut. Penulis mengemukakan hasil ini dalam bentuk lakaran tetapi tidak disimpulkan dalam rumus baru.


Kata kunci: asimilasi nasal, bunyi peralihan, komponen frekuensi, konsonan nasalan, nasalisasi, vokal nasalan

Rujukan

Dang,Jianwu,1994. ("Study on an Acoustical Model of Speech Production Structure Including the Vibrations of the Velum and Vocal Tract Wall"), in Reports of the Graduate School of Electronic Science and Technology 15, hlm.150-52. Summary of Ph.D thesis (1992). Shizuoka: Graduate School of Electronic Science and Technology, Shizuoka University.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Istilah Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hattori, Shiro, 1951. Tokyo: Iwanami shuppan.

Hattori, Shiro et al., 1956. ("Nasalization of Vowels"), in The Journal of the Acoustical Society of Japan 12(4), pp.189-197. Tokyo: The Acoustical Society of Japan.

Hirano, M. & Takeuchi, Y., 1964. ("On the Acoustical Characteristics of the Nasalized Vowels") hlm.77-82. Kyoto: Department of Oto Laryngology, Head and Neck Surgery, Kyoto University.

Jones, Daniel, 1956. The Pronunciation of English. 4th edition. Cambridge: Cambridge University Press.

Jo'o, Hakutaro, 2008. . Tokyo: Bensei shuppan.

Koizumi, Tamotsu, 1998. . Tokyo: Daigakushorin.

Komoguchi, Hideo, 1972. hlm. 83-93. Summary of Ph.D thesis (1972). Tokyo: The Oto-RhinoLaryngological Society of Japan, Inc.

Mataim Bakar, 2007. The Phonotactics of Brunei Malay: An Optimality Theoretic Account. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mataim Bakar, 2008. Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis Berdasarkan Teori Standard Fonologi Generatif. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teoh, Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revised. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2013-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hirobumi, S. (2013). Proses Nasalisasi Vokal dan Ciri Akustik Vokal Nasalan. Jurnal Bahasa, 13(1), 104-127. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8144/3657