Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid
Abstrak
Kajian ini menganalisis keberkesanan penggunaan teks komsas terhadap prestasi penulisan karangan 64 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana. Kajian berbentuk eksperimental ini dijalankan untuk membandingkan keberkesanan menggunakan teks komsas dengan kaedah pengajaran konvensional dalam pengajaran penulisan karangan. Kedua-dua kumpulan telah diberikan dua ujian, iaitu praujian dan pascaujian untuk membandingkan prestasi penulisan karangan dalam aspek karangan keseluruhan, aspek pengembangan isi karangan dan aspek penggunaan jenis ayat. Dapatan kajian daripada praujian dan pascaujian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran penulisan karangan menggunakan teks komsas terbukti lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional terhadap prestasi penulisan karangan murid.
Kata kunci: Pengajaran Penulisan; Prestasi Penulisan Karangan; Teks Komsas; Murid Sekolah Menengah; Guru Sekolah Menengah
Rujukan
Awang Sariyan. "Isu-isu Asas Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa" dlm. Dewan Bahasa Bil. 3(4), 7-11, 2003.
Lancia, J., "Literacy Borrowing the Reflect of Literature on Children's writing dlm. The Reading Teacher 50 (6):470-75, 1997.
Marohaini Yusof. "Landasan Pengajaran Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu" dlm. Dewan Bahasa 1(6): 20-26, 2001.
Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. "Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu" dlm. Dewan Bahasa Bil. 2(10), 34-39, 2002.
Noraini Idris, 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc GrawHill (M) Sdn. Bhd.
Zamri Mahmood, 1997. "Keberkesanan Penggunaan Bahan Sastera terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu". Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.