Kata Adverba atau Kata Sifat?

  • Norliza Jamaluddin Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Makalah ini bertujuan menjelaskan kata sifat (kata adjektif) bahasa Melayu yang berfungsi sebagai penerang kata kerja. Berdasarkan teori golongan kata, khususnya bahasa Inggeris, kata yang menerangkan kata kerja ialah kata adverba, iaitu adverba cara. Hal yang sama berlaku terhadap golongan kata bahasa Melayu, iaitu tanggapan bahawa kata sifat yang menjadi unsur pengisi bagi gatra selepas gatra kerja ialah kata adverba atau kata keterangan dan bukan kata sifat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, golongan kata yang dimuatkan dalam gatra penerang kata kerja dianggap sebagai kata sifat dan bukan kata adverba. Terdapat empat sebab mengapa kata sifat ini tidak dianggap sebagai kata adverba, pertama, tiadanya perubahan dalam morfologi; kedua, kata sifat masih mengekalkan posisi yang sama, iaitu dalam posisi penerang; ketiga, wujudnya perbezaan antara gatra dan unsur pengisi, manakala yang terakhir golongan kata bagi sesuatu bahasa tidak boleh diterjemahkan, melainkan perkataan sahaja. Berdasarkan keempat-empat ciri ini, maka tidak semua kata sifat dianggap sebagai kata adverba, melainkan mengekalkan golongannya sebagai kata sifat. Bagi menghuraikan aspek ini, teknik gatra dan unsur pengisi digunakan. Data yang menjadi bahan kajian terdiri daripada lima buah buku biografi wanita (kira-kira 150 000 patah perkataan) yang telah dimuatkan ke dalam Word Smith 4 bagi memudahkan analisis terhadap perlakuan kata sifat.


Kata kunci: gatra, unsur pengisi, kata sifat, adverba dan sesaran sintaktik

Biografi Penulis

Norliza Jamaluddin, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fakulti Bahasa

Rujukan

Abdullah Hassan et al., 2008. Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Abdullah Talib, 1928. Kitab Punca Bahasa. Rujukan diambil daripada edisi baharu (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Azmi Abdullah, 2007. Adverbial: Satu Tinjauan Dari Sudut Wacana. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pusaka.

Curme, G., 1935. A Grammar of English Language. Volume 1. Parts of Speech. Rujukan diambil daripada edisi baharu (1978). Essex: Verbatim.

Fries, C.C., 1973. The Structure of English: An Introduction to the Constuction of English Sentences. London: Longman.

Knowles, G., dan Zuraidah Mohd Don, 2005. Adverbs in Malay: Addressing the Problem. Kertas kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Feb. 2005.

Knowles, G., dan Zuraidah Mohd. Don, 2008. Natural Data in Linguistic Description. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mees, C.A., 1969. Tatabahasa dan Tatakalimat. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Mohd. Shah Yusof, 1922. Senjuh Suratan. Rujukan diambil daripada edisi baharu (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Said Sulaiman, 1937. Jalan Basa Melayu. Rujukan diambil daripada edisi baharu (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norliza Jamaluddin, 2011. Kata Sifat Bahasa Melayu Berdasarkan Data Korpus Berkomputer. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Syed Muhammad Othman Yahya, 1936. Kitab Penanggam Bahasa. Rujukan diambil daripada edisi baharu (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tognini-Bonelli, E., 2001. Corpus Linguistics at Work. Amsterdam: John Benjamins Publishing Co.

Za'ba, 1940. Pelita bahasa Melayu Penggal 1. Rujukan diambil daripada edisi baharu (1958). Kuala Lumpur: Standard Engravers & Art Printers.
Telah diterbitkan
2012-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jamaluddin, N. (2012). Kata Adverba atau Kata Sifat?. Jurnal Bahasa, 12(2), 204-219. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8149/3669