Bahasa Rojak dalam Kalangan Penduduk di Sarawak

  • MOHAMMED AZLAN MIS Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian bahasa rojak di Sarawak ini bertujuan memerihalkan bahasa yang digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau dalam perhubungan sesama mereka seharihari. Penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan antara suku kaum yang pelbagai. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat penggunaan bahasa berlandaskan kerangka kajian pilihan bahasa serta dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang ada digunakan dalam masyarakat tersebut. Kajian ini telah dijalankan di bandar Sarikei. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada Fishman, Asmah, Holmes dan juga Chua Yan Piaw berlandaskan analisis kekerapan (peratusan). Didapati suku kaum yang pelbagai di negeri Sarawak telah memilih dua bahasa rojak, iaitu bahasa rojak Melayu-Iban dan bahasa rojak Melayu-Melanau. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak Melayu-Iban lebih utama jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau. Bahasa rojak Melayu-Iban digunakan lebih tinggi di Sarawak kerana bahasa ini dipilih oleh tiga suku kaum utama, iaitu Melayu, Iban dan Cina jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau yang hanya digunakan antara suku kaum Melayu dan Melanau sahaja.


Kata kunci: Sarawak, bahasa rojak, penggunaan bahasa, pilihan bahasa, perhubungan, pelbagai suku kaum

Biografi Penulis

MOHAMMED AZLAN MIS, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1982. Language and Society in Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2001. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2007. "Taksonomi Pertemuan Bahasa: Di Manakah LetaknyaBahasa Rojak?" Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 18-19 Julai 2007.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Malaysia: Mc Graw Hill.

Ervin-Tripp, S., 1972. "An Analysis of Interaction of Language, Topic, and Listener" dlm. Fishman (ed.), Reading in Sociology of Language. Mouton: The Hague-Paris.

Fishman, Joshua A., 1972a. The Sociology of Language. Rowley, Mass: New Bury House.

Fishman, Joshua A., 1972b. "The Relation between Micro and Macro Sociolinguistics in the story of Who Speaks What Language to Whom and When" dlm. Language in Sociocultural Change oleh Anwar D. Dil. California: Stanford University Press.

Hassan Ahmad, 2009. "Lidah Terputus, Bahasa dan Bangsa Pupus" dlm. Dewan Bahasa Jilid 9. Bil 4, April 2009.

Holmes, Janet, 2001. An Introduction to Sociolinguistics. Second Edition. Longman: Malaysia.

http:// www.sarikeiro.sarawak. gov.my (Capaian 28 Mei 2008).

Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 2005.

Mohammed Azlan Mis, 2010. "Lingua Franca Di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa" dlm. Gema Online Journal Volume 10:2, 2010.

Su'ad Awad, 2007. "Rojak (Pasembor?) Melayu: Identiti Linguistik dan Sosial Bahasa Sembang Internet". Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur. 18-19 Julai 2007.
Telah diterbitkan
2012-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
MIS, M. (2012). Bahasa Rojak dalam Kalangan Penduduk di Sarawak. Jurnal Bahasa, 12(2), 220-238. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8150/3670