Representasi Sintaksis Operator Bahasa Melayu Berdasarkan Pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan
Abstrak
Makalah ini meneliti bentuk dan peranan operator bahasa Melayu dari aspek sintaksis. Aspek sintaksis operator bahasa Melayu diteliti berdasarkan kerangka teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR). Makalah ini menggunakan kata tugas yang disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan sebagai asas analisis operator bahasa Melayu. Kajian ini menyenaraikan tujuh jenis operator dalam bahasa Melayu, iaitu aspek, status, modaliti, arah, penafian, pembuktian dan ilokusionari. Setiap operator ini mempunyai peranannya dalam Struktur Berlapisan Klausa (SBK), iaitu operator aspek, penafian dan arah mengubah suai ayat pada peringat nukleus; operator modaliti pula mengubah suai peringkat inti, dan akhir sekali operator status, bukti dan ilokusionari pula mengubah suai ayat pada peringkat klausa. Dengan menggunakan kerangka TPR, kajian ini menunjukkan satu cara alternatif untuk menjelaskan bentuk dan peranan operator bahasa Melayu.
Rujukan
Asmah Haji Omar, 1975. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maslida Yusof, 2006a. "Representasi Semantik Preposisi dalam Kata Kerja Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Pengajian Melayu, Jil. 17.
Maslida Yusof, 2006b. "Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu". Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Safiah Karim et al., 2004. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al., 2010. Tatabahasa Dewan. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Van Valin, R.D. & LaPolla, R., 1997. Syntax: Structure, Meaning and Function. Cambridge: Cambridge University Press.
Van Valin, R.D., 2005. Exploring the Syntax-Semantics Interface. New York: Cambridge Unversity Press.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.