Pengaruh Dialek dalam Pertuturan Bahasa Melayu Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektrogram

  • Shahidi A. Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rahim Aman Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa wujud pengaruh dialek, khususnya dialek Melayu Kelantan dalam bahasa Melayu standard yang dituturkan oleh penutur natif Kelantan. Kajian ini mengenal pasti pola penasalan yang akan diteliti berasaskan analisis spektrografik. Tumpuan analisis ini ialah pada suku kata akhir perkataan sasaran yang dituturkan oleh penutur Melayu Kelantan ketika bertutur dalam dua konteks berbeza, iaitu ketika berbahasa Melayu standard dan tidak standard (dialek Melayu Kelantan). Analisis spektrografik (terhadap data kajian) di sini merujuk kepada kajian perubahan ciri fonetik bunyi vokal dan konsonan pada suku kata akhir (sama ada frekuensi forman vokal [a] pada suku kata akhir kekal atau berubah kepada [E], dan sama ada isyarat-isyarat akustik bunyi konsonan nasal akhir kata terbukti kekal atau hilang). Dari segi hakikat fonetik, terdapat perbezaan pola penasalan dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard. Berasaskan hakikat ini, kita mungkin mengandaikan wujudnya perbezaan pada ciri-ciri vokal dan konsonan pada suku kata akhir dalam pertuturan penutur Melayu Kelantan apabila penutur berkenaan bertutur dalam dua konteks/situasi yang berbeza, iaitu ketika berbahasa Melayu standard dan ketika bertutur dalam dialek Melayu Kelantan. Walau bagaimanapun, kajian ini membuktikan sebaliknya, iaitu ciri-ciri dialek Melayu Kelantan begitu kuat mempengaruhi pertuturan bahasa Melayu standard oleh penutur Melayu Kelantan.


Kata kunci: penasalan, dialek Melayu Kelantan, bahasa Melayu standard, analisis spektrografik

Rujukan

Asmah Hj. Omar, 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Aman dan Shahidi A.H., 1999. Pengamalan Sebutan Standard (Baku) di Kalangan Para Pelajar Menengah Atas. Laporan Geran Penyelidikan Fakulti M/7/97, FSSK, UKM, Bangi.

Kent, R. D., & Read, C., 2002. The Acoustic Analysis of Speech. Edisi kedua. United Kingdom: Singular Thomson Learning.

Ladefoged, P. & Maddieson I., 1996. The Sounds of the World’s Language. UK: Blackwell Publisher.

Ladefoged, P., 2003. Phonetic Data Analysis: An Introduction to Fieldwork and Instrumental Techniques. N.P: Blackwell Publishing.

Ladefoged, P., 2001. Vowels and Consonants: An Introduction to the Sound of Languages. Massachusetts: Blackwell Publishers.

Shahidi, A.H., 1996. "Nasalisation Pattern in Kelantanese: An Experimental Phonetic Analysis." Disertasi MA. (Tidak diterbitkan) University of Leeds, United Kingdom.

Shahidi, A.H., 2001. "Phonological Deviation in Kedah Dialect". Kertas kerja dalam The Fifth International Symposium on Malay/Indonesian Linguistics, Leipzig, Germany.

Teoh Boon Seong. 1988. "Penasalan Vokal di dalam Kata-kata Dedupliksi, dan Kata-kata Pinjaman Melayu-Satu Penjelasan Fungsi, Artikulatori dan Fisiologi" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 593-97.
Telah diterbitkan
2010-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
A. Hamid, S., & Aman, R. (2010). Pengaruh Dialek dalam Pertuturan Bahasa Melayu Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektrogram. Jurnal Bahasa, 10(2), 287-297. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8168/3716