Bahasa Melayu dan Jati Diri dalam Konteks Satu Malaysia: Satu Kupasan Linguistik

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Setiap negara yang berdaulat mempunyai jati diri yang boleh dibanggakan. Pengukur identiti yang mudah adalah melalui bahasa dan budaya. Malaysia yang asalnya dikenali dengan Tanah Melayu telah menetapkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Hal ini sepatutnya tidak boleh diganggu gugat lagi. Namun demikian, senario hari ini didapati kedudukan BM terus dipersoalkan sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. Perkembangan sistem pendidikan pasca-Razak telah melemahkan kedudukan BM. Polisi baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta bahasa Inggeris (BI) telah menyebabkan ada segelintir rakyat mula hilang keyakinan pada BM. Perkembangan ini pula sejajar dengan orde baru dunia serta imperialisme bahasa yang menekankan kepentingan bahasa Inggeris dan pada masa yang sama menenggelamkan bahasa kebangsaan. Kajian Nor Hashimah et al. (2009) menunjukkan bahawa fenomena penguasaan bahasa yang semakin merosot dalam kalangan remaja turut melemahkan kedaulatan BM. Kertas ini cuba mengupas taraf BM dalam konteks Satu Malaysia pada hari ini dari perspektif linguistik.


Kata kunci: peristilahan, imperialisme linguistik, neoimperialisme, kuasa hegemoni, identiti nasional

Biografi Penulis

Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

Abdullah Hassan, 2002. "Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan Budaya Melayu" dlm. Siri Bicara Bahasa Bil. 11, Kuala Lumpur, DBP.

Ahmad Puad Onah, 2009. "Peranan Media Prima dalam Mendaulatkan Bahasa Melayu". Forum Bulan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alimuddin Mohd. Dom, 2008. "Lebih ramai calon SPM 2007 layak dapat sijil" dlm. http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.htm. [10/7/2008].

J.A. Fishman, 2006. "Language Policy and Language Shift" dlm T.Ricento (ed.) Language Policy: Theory and Method. Oxford: Blakewell.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. "Kajian pelaksanaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil". Laporan projek penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W., 1970. "Relationship Between Attitude toward School Subject and School Achievement" dlm. Journal of Educational Research. 6 (52):232-38.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. "Kuasa Politik Melawan Kuasa Ekonomi" dlm. Language and Empowerment. Kuala Lumpur: Persatuan Bahasa Moden Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin et al., 2008. "Linguistik dan Persekitaran dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris: Pelaburan Ke Arah Modal Insan Berkualiti" dlm Nor Hashimah et al. Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua: Masalah dan Cabaran. Bangi: FSSK.

Nor Hashimah Jalaluddin et al., 2009. "Penguasaan Bahasa Melayu Remaja Malaysia". Projek Penyelidikan UKM-GUP-TKS.08-07-294. Bangi:UKM.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2009. "Kuasa Politik sebagai Indikasi Sikap Bahasa". Persidangan MABBIM, 13-15 Mac 2009, Brunei Darussalam.

Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 dlm. http:// www.moe.gov.my/galeri_awam/selidik/2007 [dipetik 15 Mei 2007]

Robert Philipson, 1992. Linguistic Imperialism. Oxford: Oxford University Press.

Robert Phillipson, 2006. "Language policy and Linguistic Imperialism" dlm. T.Ricento (ed.). Language Policy: Theory and Method. Oxford: Blakewell.

Rubin, J., 1971. Can Language be Planned? Sociolinguistic Theory and Practice for Developing Nations. Hawai: The University press.

Utusan Malaysia (22 Oktober 2008). www.utusanonline.com

Utusan Malaysia (29 Oktober 2009) . www.utusanonline.com

YM Tengku Razaleigh Hamzah, 2007. Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia Merentas Sempadan Etnik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zainal Abidin Wahid, 2001. "Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan" dlm. Siri Bicara Bahasa Bil. 5, Kuala Lumpur, DBP.
Telah diterbitkan
2010-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jalaluddin, N. (2010). Bahasa Melayu dan Jati Diri dalam Konteks Satu Malaysia: Satu Kupasan Linguistik. Jurnal Bahasa, 10(1), 17-36. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8169/3719