Analisis Komponen Makna Kata Kerja dalam Slogan Iklan Produk Kecantikan Muka

  • Fatmawati Sidik Universiti Malaya
  • Indirawati Zahid Universiti Malaya

Abstrak

Kajian ini berfokus pada kata kerja yang digunakan dalam slogan kecantikan muka. Kajian yang dilakukan ini mengaplikasikan teori analisis komponen makna yang dipelopori oleh Nida, E.A (1975). Dengan menggunakan fitur makna binari [+] dan [-], komponen makna kata kerja diberikan fitur makna bagi melihat persamaan dan perbezaan antara kata kerja yang dianalisis. Dengan pemberian fitur ini [+] dan [-], ketepatan makna kata kerja yang digunakan akan dapat diperlihatkan. Terdapat 45 slogan data. Daripada 45 slogan tersebut terdapat 66 kata kerja yang dianalisis. Dapatan analisis memperlihatkan dua jenis kata kerja yang digunakan dalam slogan ini dan dilabelkan sebagai kata kerja yang bersifat spesifik fungsinya dan kata kerja yang bersifat umum. Kata kerja yang bersifat spesifik fungsinya dirujuk sebagai kata kerja yang berkolokasi dalam lingkungannya manakala yang bersifat umum sebagai sebaliknya. Analisis menunjukkan hanya lima kata kerja, iaitu 7.6 peratus yang bersifat spesifik sementara 61 kata kerja, 92.4 peratus, bersifat umum digunakan dalam slogan kecantikan muka.


Kata Kunci: kata kerja spesifik, kata kerja umum, kolokasi, fitur makna, sinonim

Biografi Penulis

Fatmawati Sidik, Universiti Malaya

Akademi Pengajian Melayu

Indirawati Zahid, Universiti Malaya

Akademi Pengajian Melayu

Rujukan

Asmah Hj. Omar, 1992. Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid, 2007. "Bahasa Pemujukan dalam Iklan" dlm. Dewan Bahasa hlm 20-23, Jun 2003

Indirawati Zahid, 1995. "Semantik Leksikal dalam Peribahasa Melayu". Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Besar Bahasa Melayu, 1995. Petaling Jaya: Utusan Publications & Distributors.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Sinonim, 1992. Kuala Lumpur: Heinemann.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak dan Noorbathi Baharuddin, 2002. Asas Periklanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nida, E.A., 1975. Componential Analysis of Meaning. Paris: Publishers The Hague.

Nik Safiah Karim, 1995. Bahasa Melayu dalam Iklan: Cabaran Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 2010. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2012-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Sidik, F., & Zahid, I. (2012). Analisis Komponen Makna Kata Kerja dalam Slogan Iklan Produk Kecantikan Muka. Jurnal Bahasa, 12(2), 256-283. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8185/3672