Penentuan Tingkat Kekerabatan dan Abad Pisah antara Bahasa Banjar dengan Bahasa Melayu: Kajian Linguistik Sejarah dan Perbandingan

(Determining Cognate Level and Century Split between Banjar and Malay Languages: A Historical and Comparative Linguistic Study)

  • Mohd Khaidir Abdul Wahab Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
  • Adi Kasman Bin Che Halin Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Abstrak

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh suku Banjar di Kalimantan, Indonesia sebagai bahasa ibunda. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau, bahasa Melayu dan bahasa Iban. Kajian ini meneliti hubungan kekerabatan antara bahasa Banjar dengan bahasa Melayu dengan cara menyenaraikan kosa kata dasar kedua-dua bahasa ini melalui penggunaan kaedah perbandingan leksikostatistik dan penerapan kaedah glotokronologi. Melalui kaedah ini, kadar peratusan kata berkerabat dapat ditentukan dengan cara menghitung jumlah kata berkognat melalui penelitian unsur retensi dan unsur inovasi. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini memanfaatkan senarai 200 kata Morris Swadesh. Daripada 195 kosa kata dasar yang dibandingkan, terdapat sebanyak 158 atau 81% peratus kosa kata dasar bahasa Banjar yang berkognat dengan bahasa Melayu. Peratus kekerabatan ini memperlihatkan bahawa bahasa Banjar dan bahasa Melayu berada pada tingkat kekerabatan bahasa. Abad atau tahun pisah kedua-dua bahasa ini dari tahun 2021 diandaikan antara abad ke-15M hingga abad ke-17M atau 1440 hingga 1602 tahun yang lalu. Walaupun hubungan kekerabatan bahasa Banjar dengan bahasa Melayu sangat rapat, iaitu berada dalam tingkat kekerabatan bahasa, orang Melayu tidak dapat memahami bahasa Banjar kecuali dengan mempelajarinya. Dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah leksikostatistik dan penerapan rumus glotokronologi yang telah disarankan oleh Lees (Lehman, 1973: 105) dan Gudschinsky (1964: 618) dalam menentukan abad pisah bahasa Austonesia adalah satu kaedah yang relevan dan bersesuaian dalam menghuraikan secara sistematik salasilah hipotetikal bahasa berdasarkan usia yang dikemukakan oleh Asmah (2008: 3) dan pengkaji-pengkaji tempatan yang lain.

Rujukan

Adelaar, K. (2004). Where does Malay come from? Twenty years of discussions about homeland, migrations and classifications. Bijdragen tot de Taal-, Land-en Volkenkunde 160(1), 1-30.

Asmah Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aiza Maslan @ Baharuddin dan Norazian Hadi Yaacob. (2020). Komuniti Banjar di tanah rantau: Ibadah haji sebagai satu dorongan tradisi masyarakat Banjar "Madam ka banua urang". PPIK USM, Jabatan Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan UPSI. Jurnal Perspektif, 12, 39-52.

Anton M. Moeliono. (1994). Bahasawan cendiaka. Fakultas Sastra, Universitas Indonesia.

Gudschinsky, S.C. (1956). The ABC'S of lexicostatistics (glottochronology). WORD, 12(2), 175- 210.

Gudschinsky, S. (1964). The ABC's of Lexicostatistics (Glotochronology). Dell Hymes (Ed.), Language in Culture and Society, A Reader in Linguistic and Society A Reader in Linguistic and Anthropology. Harper and Row, hlm. 612-623.

Mohd Khaidir Abdul Wahab & Noriah Mohamed. (2021). Hubungan sejarah dan perkaitan linguistik antara bahasa. Noriah Mohamed (Ed), Menelusuri intisari linguistik sejarah dan perbandingan. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Mohamad Rozi Kasim. (2021). Hubungan kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba: Satu analisis perbandingan kosa kata dasar. Jurnal Bahasa, 21(1), 41-66. http://doi.org.10.37052/jb21(1)no3

Noriah Mohamed & Ismail Mohd. (2021). Kesamaan linguistik dan kaedah perbandingan kuantitatif. Noriah Mohamed (Ed.) Menelusuri Intisari Linguistik Sejarah dan Perbandingan. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Noriah Mohamed. (2001). Perbandingan kuantitatif bahasa Miri dengan bahasa Melayu. Jurnal Bahasa 1(3), 378 - 397.

Swadesh, M. (1955). Towards greater accuracy in lexicostatistic dating. International Jurnal of American Linguistics, 21(2), 121-137. Diakses daripada https://sci-hub.tw/10.1086/464321.

Yusmawati Mat Yusof. (2021). Kata sapaan dan rujukan dalam kalangan masyarakat Banjar terpilih di Daerah Kerian, Perak (Disertasi Sarjana Bahasa Melayu Mod Campuran tidak diterbitkan). Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Rahim Aman, Nazihah Najwa Othman, Shahidi A. H, Ery Iswary & Anwar O.D. (2018). Rekonstruksi dalaman varian Banjar Beriah purba. Jurnal of Nusantara Studies, 3(2), 92-106. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol3iss2pp92-106

Nur Hafizah Razali & Normaliza Abd Rahim. (2016). Makna ujaran masyarakat Banjar dari sudut pragmatik. Journal of Business and Social Development, 4(1), 55 - 64.

Lehmann, W.P., (1973). Historical linguistics: An introduction. Holt, Rinehart and Winston Inc.

Gorys, K., (1984). Linguistik bandingan historis. Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
Telah diterbitkan
2021-12-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Abdul Wahab, M., & Che Halin, A. (2021). Penentuan Tingkat Kekerabatan dan Abad Pisah antara Bahasa Banjar dengan Bahasa Melayu: Kajian Linguistik Sejarah dan Perbandingan. Jurnal Bahasa, 21(2), 273-304. doi:10.37052/jb21(2)no5