Analisis Kata Kerja dan Frasa Kerja Bahasa Melayu Kokos di Pulau Home Australia

  • Raja Masittah Raja Ariffin Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Makalah ini memerikan bentuk dasar kata kerja dan frasa kerja dalam bahasa Melayu yang digunakan orang Melayu Pulau Kokos, terutamanya di Pulau Home, yang terletak di Lautan Hindi, di luar Dunia Melayu. Kajian ini berasaskan kerangka yang diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar (2008). Kajian ini berfokus pada penggunaan kata kerja, dan frasa kerja dalam komunikasi sehari-hari dalam kalangan anggota masyarakat Melayu di pulau tersebut. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan data kajian, kata dan frasa kerja yang terdapat dalam struktur ayat bahasa Melayu Kokos ialah kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk, termasuklah kata kerja unggulan, kata kerja terbitan, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, dan kata kerja bantu. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kokos menggunakan kata kerja sebagai satu sistem nahu yang dapat dibahagikan kepada subsistem tertentu yang penting dalam hubungannya dengan konteks dan makna.


Kata kunci: bahasa Melayu Kokos kata kerja, frasa kerja, sistem nahu

Rujukan

Adelaar, K. Alexander, 1995. "Malay in the Cocos (Keeling) Islands" Kertas kerja dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia, Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar, 2004. "Bahasa dan Budaya Melayu Kokos: Suatu Perkenalan" dlm. Jurnal Peradaban Melayu. 2: 72-95.

Asmah Haji Omar, 2005. Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Bahasa Melayu di Samudera Benih yang Baik Menjadi Pulau. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008a. The Malays in Australia Language, Culture, Religion. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008b. Nahu Kemas Kini Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Bahasa Pulu Cocos A Dictionary of the Languages for the Cocos (Keeling) Islands. [n.d.]. Frementle (Australia): MBE Frementle.

Bunce, Pauline, 1993. Kepulauan Cocos (Keeling) Masyarakat Melayu di Australia. Diterjemah oleh Padilah Haji Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et al., 1994. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Masittah Raja Ariffin, 2004. "Menjejaki Bahasa Melayu Di Pulau Kokos" dlm. Dewan Bahasa. 4(9): 42-45.

Raja Masittah Raja Ariffin, 2005. Rumpun Melayu Kokos: Suatu Persepsi. [Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Mengenai Za'ba II, Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris]; dlm. Asmah Haji Omar (ed.) Sama Serumpun, hlm. 25-38. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Raja Masittah Raja Ariffin, 2007. "Status Bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia". Tesis PhD. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Raja Masittah Raja Ariffin dan Che Ibrahim Haji Salleh, 2008. "Bahasa Melayu di Pulau Kokos: Suatu Tinjauan Sosiolinguistik" dlm. Jurnal Bahasa Jil. 8 Bil 2. Disember 2008, hlm. 315-39.

Wan Hashim Wan Teh, 1989. Merunut Akar Meraih Bumi dan Kepulauan Cocos (Keeling) Masyarakat Melayu di Australia. [t.p].

Wan Hashim Wan Teh dan A. Halim Ali, 1999. Rumpun Melayu Australia Barat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Telah diterbitkan
2010-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Raja Ariffin, R. (2010). Analisis Kata Kerja dan Frasa Kerja Bahasa Melayu Kokos di Pulau Home Australia. Jurnal Bahasa, 10(2), 298-321. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8194/3717