Prosodi dalam Syair Melayu: Fungsi dan Praktis

  • Indirawati Zahid Universiti Malaya

Abstrak

Penyelidikan ini membincangkan fungsi prosodi dalam syair Melayu. Dalam kasus syair Melayu, prosodi ternyata digunakan secara optimum dalam menyampaikan mesej yang tersurat dengan makna emosi. Penyataan ini berlaku kerana struktur dan bentuk syair itu sendiri yang tidak terikat dengan bentuk nahu yang sempurna, iaitu memiliki poetic licence. Bagi membuktikan penyataan ini, satu penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan lima metodologi, iaitu meliputi kerja lapangan, temu ramah, rakaman audio, eksperimental dan analisis data. Kerja lapangan dan pengumpulan data dilakukan di lokasi Semenanjung Malaysia yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat, juga di Sabah dan Sarawak, di Indonesia, Pekan Baru dan Medan serta Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan. Di setiap lokasi, informan yang terpilih, nyanyian syairnya akan dirakamkan untuk memperoleh variasi melodi syair. Data audio ini kemudiannya dianalisis melalui program PRAAT. Dapatan analisis memperlihatkan berlaku dua kasus, iaitu segmentasi unit maklumat dan penggunaan fitur prosodi secara optimum dalam penyampaian syair Melayu.


Kata kunci: prosodi, segmentasi, stilisasi, unit maklumat, pola

Rujukan

Abdul Halim, R., 2001. Syair Kedah Darul Aman. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Abdul Halim, R., 2006. Sejarah Kedah dalam Syair. Alor Setar: Persatuan Sejarah Malaysia.

Abdul Mutalib Abdul Ghani, 1983. Syair Siti Zubaidah Perang China. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar, 1986. Nahu Melayu Muktahir. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd.

Arnfield, S.C., 1996. "Prosody And Syntax In Corpus Based Analysis Of Spoken English". Tesis Ph.D. University of Leeds. School of Computer Studies.

Asraf H. Wahab, 1988. Intonasi dalam Hubungannya dengan Sintaksis Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Couper-Kuhlen, E., 1986. An Introduction to English Prosody. Edward Arnold: London.

Crystal, D., 1997. A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Edisi keempat. Great Britain: Blackwell Publishers Ltd.

Halliday, M.A.K., 1967. Intonation and Grammar in British English. Mouton: The Hague.

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional: Suatu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.wordthrill.com/define/poetic+license/

Indirawati Zahid, 2009. "Prosodi Melayu dalam P&P Bahasa Melayu". Kertas Kerja dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor, Johor Bahru, 28 September- 30 September 2009.

Indirawati Zahid, 2009. "Prosodi Melayu: Fokus dalam P&P Bahasa Melayu Secara Eksperimental". Kertas Kerja dalam Prosiding Konvensyen Pedagogi Bahasa Melayu Serantau I, Bahasa Melayu: Suatu Pesona, 3-5 November 2009, Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

Indirawati Zahid "Analisis Semantik dan Prosodi Lagu Cinta" dlm Jurnal Bahasa, Mei-Ogos Bil 17, hlm. 35-50, 2009. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid, Zahir Ahmad dan Mohd. Nasir Hashim (ed), 2007. Keindahan Variasi Syair Melayu. Kuala Lumpur: Kumpulan Penyelidik FRGS Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Indirawati Zahid, 2007. "Prosodi dalam Tatabahasa Dewan" dlm Jurnal Bahasa, Julai-Disember, Bil 12, hlm. 43-50, 2007. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing.

Indirawati Zahid, 2006. "4 Minit 19 Saat Dealova Yang Mengasyikkan" dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2006, di Hotel Armada, Kuala Lumpur, 8-9 November 2006.

Indirawati Zahid, 2003. "Kajian Intonasi Fonetik Eksperimental: Realisasi Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2". Tesis Ph.D. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Key, M.R., 1975. Paralanguage And Kinesics (Nonverbal Communication). Metuchen, N.J.: The Scarecrow Press, Inc.

Mohd. Taib Osman, 1979. Warisan Puisi Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Syair Dandan Setia, 1954. Maktabah wa Matba'ah Sulayman Mar'i.

Tenas Effendy, 2005. Syair Nasib Melayu. Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu bekerjasama dengan Penerbit AdiCita: Yogyakarta. www.praat.org

Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), "Malay Manners and Etiquette" JMBRAS Jilid XXIII, hlm. 43-74. August 1950.

Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2010-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Zahid, I. (2010). Prosodi dalam Syair Melayu: Fungsi dan Praktis. Jurnal Bahasa, 10(2), 322-352. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8195/3718