Pembentukan Struktur Suku Kata Dialek Melayu Kuala Pilah

(The Formation of Syllable Structures in the Kuala Pilah Dialect)

  • Sharifah Raihan Syed Jaafar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini menghuraikan dan menjelaskan struktur suku kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kuala Pilah. Data kajian ini diperoleh daripada kerja lapangan yang dilakukan di Kampung Ulu Gentam, Kuala Pilah. Analisis lampau berkaitan dengan suku kata dasar bahasa Melayu menunjukkan bahasa ini terdiri daripada empat jenis suku kata, iaitu KV, KVK, V dan VK. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam tatatingkat kekangan yang membentuk suku kata dialek Melayu Kuala Pilah berbanding bahasa Melayu standard. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan suku kata yang bermula dengan vokal dan suku kata yang bermula dengan konsonan menggunakan strategi yang berbeza dalam pembentukan suku kata. Asas pembentukan suku kata dibentuk oleh kekangan yang dinamakan ONSET dan *KODA, dan semua pola suku kata mampu mematuhi kekangan tersebut. Susunan set hierarki kekangan dialek Melayu Kuala Pilah yang terhasil ialah *KODAKOMPLEKS >> KONTIGUITI >> JAJAR-KIRI >> DEP-IO>> ONSET >> MAX-IO. Persamaan pola suku kata yang terdapat dalam dialek ini dengan bahasa Melayu standard dianalisis sebagai hasil daripada perbezaan tatatingkat kekangan kepurnaan bentuk yang terdapat dalam sesuatu nahu dialek.


Kata kunci: dialek Melayu, Kuala Pilah, struktur suku kata, fonologi, teori optimaliti

Biografi Penulis

Sharifah Raihan Syed Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Adi Yasran Abdul Aziz. (2011). Suku kata dasar dialek kelantan berdasarkan teori optimaliti. Jurnal Pengajian Bahasa Mei.

Ajid Che Kob. (1984). Dialek geografi Pasir Mas. Monograf 3. Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. UKM.

Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayatrohaedi. (1979). Dialektologi: sebuah pengantar. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan: Jakarta.

Chambers, J. K. & Trudgill. (1998). Dialectology. Cambridge: Cambridge University Press.

Farid M. Onn. (1980). Aspect of Malay phonology and morphology: a generative approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim Mustapa dan Ibrahim Daud. (Disember, 1990). Analisis dialek Daerah Kuala Pilah daripada aspek fonologi. Dewan Bahasa.

Mohd Pilus Yunus. (Ogos, 1978). Dialek Negeri Sembilan dan dialek umum bahasa Melayu: suatu perbandingan dari sudut fonologi dlm. Dewan Bahasa 22:8. Mario A.

Pei dan Gaynov Frank. (1960). A dictionary of linguistics. New Jersey: Adam & Co.

McCarthy J. & Prince, Alan M. (1993). Optimality theory: constraint interaction in generative grammar. Ms., Rutgers University, New Brunswick, dan University of Colorado, Boulder.

Sharman Abu. (Disember, 1973). Satu tinjauan ringkas tentang bunyi-bunyi vokal dalam dialek Negeri Sembilan. Dewan Bahasa.

Sharman Abu. (Jun, 1974). Sistem bunyi-bunyi konsonan dalam dialek Negeri Sembilan. Dewan Bahasa.

Tan, Ta Sen. (1966). Cheng Ho and Islam in Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies.

Yunus Maris. (1980). The Malay sound system. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (Disember, 1999). Struktur suku kata dasar bahasa Melayu: pematuhan dan pengingkaran onset. Jurnal Dewan Bahasa.

Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: analisis tatatingkat kekangan. Jurnal e-Bangi, 1:1 Julai-Disember.

Zaharani Ahmad, 2011. Fonologi rangkap vokal dan kepelbagaian dialek Melayu: analisis teori optimaliti dlm. Jurnal Pengajian Bahasa, September.
Telah diterbitkan
2018-01-25
Bagaimana untuk memetik sitasi
Syed Jaafar, S. (2018). Pembentukan Struktur Suku Kata Dialek Melayu Kuala Pilah. Jurnal Bahasa, 17(1), 61-83. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/820/1412

Kata Kunci

Malay dialect; Kuala Pilah; syllable structure; phonology; Optimality theory.