Persepsi Guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap Penguasaan Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Sepanjang Pandemik COVID-19

  • Nora'Azian Nahar Jabatan Bahasa Melayu dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Nurul Jamilah Rosly Jabatan Bahasa Melayu dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur (lisan) dalam bahasa Melayu merupakan masalah utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Lebih-lebih lagi guru yang mengajar bahasa Melayu kebanyakannya bukan opsyen dan ditambah dengan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan perkara ini bertambah serius. Persoalannya mampukah guru-guru mengajar kemahiran lisan secara maya? Kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran lisan murid bukan penutur natif sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan. Seramai 101 orang guru peserta Program Perkongsian Ilmu bahasa Melayu secara maya telah dipilih sebagai responden. Mereka terdiri daripada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dari 16 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang telah diadaptasi mengandungi 34 item menggunakan maklum balas skala Likert 5 mata dan soalan separa struktur. Data disokong dengan kaedah temu bual daripada 4 orang guru dan seorang pegawai SISC+ dari Daerah Port Dickson. Perbincangan bersandarkan Teori Behaviourisme. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 25.0 menggunakan statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan persepsi guru-guru yang melaksanakan PdPR dalam norma baharu ini adalah menggalakkan. Pelbagai inisiatif dan pengorbanan telah dilakukan oleh guru-guru di SJK bagi meneruskan PdP murid sepanjang wabak COVID-19 yang melanda dunia. Impak program diharapkan dapat meningkatkan prestasi bahasa Melayu di SJK setelah kelas secara bersemuka dijalankan semula. 

Rujukan

Ain Nur Atika Agus. (2021, Mei). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM, 11(1), 75-87.
Chew Fong Feng & Nur Atikah Ali Jinah. (2020, Mei). Sikap, motivasi dan pelaksanaan strategi think-paire-share dalam pengajaran kemahiran menulis guru bahasa melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM, 10(1), 37-47.
Deepika Nambiar. (2020, April-June). The impact of online learning during COVID-19: Students' and teachers' perspective. The International Journal of Indian Psychology, 8(2).
Fauziana Mohd Sah & Parilah Mohd Shah. (2020). Teacher's beliefs and practices in teaching listening. Creative Education, 11, 182-195. https://www.scirp.org/journal/c
Fenny Lau Yoe Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang, Lee Huoy Shin. (2021, Mei). Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM, 11(1), 57-74
Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in education. McGraw-Hill.
Graham, S., Santos, D., & Francis-Brophy, E. (2014). Teacher beliefs about listening in a foreign language. Teaching and teacher education, 40, 44-60. https://doi.org/10.1016/j.tate.2014.01.007
Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma. (2020). Teacher's elementary school in online learning of COVID-19 pandemic conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), 58-70.
Malachi Edwin Vethamani. (2015). The impact of online learning in the development of speaking skills persis Dineen Rodrigues. Journal of Interdisciplinary Interdisciplinary Research in Education (JIRE), 5(1), 43-67.
Mohammad Ziaul Haq. (2020). E-learning during the period of pandemic (COVID-19) in the kingdom of Saudi Arabia: An empirical study. American Journal of Educational Research, 8(7), 457-464.
Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nora'zian Nahar & Fadzilah Abdul Rahman (Mei 2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal -MyLEJ), 8(1), 74-83.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill (Malaysia).Sdn. Bhd.
Othman Talib. (2013). Asas penulisan tesis penyelidikan dan statistik. Universiti Putra Malaysia
Ramakanta Mohalik & Sonali Suparna Sahoo. (2020), E-Readiness and perception of student teachers' towards online learning in the midst of COVID-19 Pandemic. Available at SSRN 3666914.
Rahayu Ahmad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hamizah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa (2020). Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19. https://iab.moe.edu.my./bahanportal/pemberitahuan/2020/2.%20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20PENDIDIKAN
Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila & Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan. Journal of Management and Operation Research, 1(4),1-23
Roa'ani Mohamed & Nor Rul Azlifah Zulkafali. (2019). Keberkesanan pendekatan pedagogi terbeza dalam PdPc bahasa Melayu kelas peralihan: Satu kajian tindakan di sebuah sekolah di Kuantan. Journal of Sciences and Management Research, 5(2), 68-86
Siti Nur Baizura Che Azizan & Nurfardila Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language and Literature, 11, Edisi Khas, 46-57.
Telah diterbitkan
2022-06-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Nahar, N., & Rosly, N. (2022). Persepsi Guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap Penguasaan Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Sepanjang Pandemik COVID-19. Jurnal Bahasa, 22(1), 149-172. doi:10.37052/jb22(1)no7