Analisis Kesinambungan Topik dalam Cerita Rakyat Melayu Batu Batangkup

  • T. Thyrhaya Zein Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara, Indonesia
  • Prayogo - Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara, Indonesia

Abstrak

Kajian ini mengenai kesinambungan topik dalam teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Kajian ini bertujuan untuk mendeskripsikan tingkat dan darjat kesinambungan topik pada perangkat nahu dalam teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif-deskriptif dengan menerapkan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data dan kaedah interaktif untuk menganalisis data. Data dalam kajian ini berbentuk perangkat nahu pada klausa yang terdiri daripada anafora kosong, kata ganti nama orang ketiga, kata ganti nama milik, frasa nama definit, dan frasa nama indefinit yang bersumber daripada teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Hasil kajian menunjukkan bahawa (1) representasi perangkat nahu terdiri daripada anafora kosong, ganti nama orang ketiga, ganti nama milik, frasa nama definit, dan frasa nama indefinit. Daripada lima perangkat nahu, anafora kosong memiliki tingkat kesinambungan topik paling tinggi (4.62) dan frasa nama definit memiliki tingkat kesinambungan yang paling rendah (9.19). (2) daripada lima perangkat nahu, empat memiliki kesinambungan topik yang rendah, iaitu ganti nama orang ketiga (7.28), ganti nama milik (8.40), frasa nama indefinit (9.13) dan frasa nama definit (9.19). (3) darjat kesinambungan tertinggi dimulai daripada perangkat nahu anafora kosong, ganti nama orang ketiga, ganti nama milik, frasa nama indefinit dan frasa nama definit.

Rujukan

1. Alwi, H. (2003). Tata bahasa baku Bahasa Indonesia. Balai Pustaka.

2. Baryadi, I. P. (1993). Kesatuan topik dalam wacana eksposisi, wacana deskripsi, dan wacana narasi dalam Bahasa Indonesia. Masyarakat Linguistik Indonesia.

3. Baryadi, I. P. (2002). Dasar-dasar analisis wacana dalam ilmu bahasa. Pustaka Gondho Suli.

4. Chaer, A. (2007). Linguistik umum. Rineka Cipta.

5. Chaer, A. (2009). Pengantar semantik Bahasa Indonesia. Rineka Cipta.

6. Chafe, W. L. (1994). Discourse, consciousness, and time: The flow and displacement of conscious experience in speaking and writing. University of Chicago Press.

7. Dara, S. M. (2013). Analisis kesinambungan topik pada cerita rakyat Alas Silayagh dan Beghu Dinem [Tesis Magister tidak diterbitkan]. https://repositori.usu.ac.id/handle/123456789/36400

8. Deliana. (2010). Kesinambungan topik dalam kaba klasik Minangkabau. [Disertasi tidak diterbitkan]. https://repositori.usu.ac.id/handle/123456789/41911

9. Farouq Alwi. (Oktober 2006). Batu Batangkup (cerita rakyat Melayu). Mahyudin Al Mudra & Daryatun (ed.). AdiCita.

10. Givon, T. (1983). Topic continuity in discourse: A quantitative cross language study. John Benjamin.

11. Hardyanto, & Kurnia, E. D. (2011). Kesinambungan topik wacana pranatacara Jawa - bahasa. Lingua: Jurnal Bahasa dan Sastra, 7(2). https://journal.unnes.ac.id/nju/index.php/lingua/article/view/2054/2168

12. Harris, Z. S. (1952). Discourse analysis. Language, 28(1), 1. https://doi.org/10.2307/409987

13. Lubis, I. S. (2016). Analisis wacana kesinambungan topik dalam Cerita Rakyat Bisuk Ni Si Anggian.Jurnal Education aAnd Development, 1(2), 1–1. https://doi.org/10.37081/ED.V1I2.243

14. Miles, M.B; Hubarman, A M & Saldana, J. (2014). Qualitative data analysis: A methods sourcebook. Sage Publication, Inc. https://books.google.co.id/books?id=p0wXBAAAQBAJ&printsec=frontcover&hl=id#v=onepage&q&f=false

15. Sumarlam. (2010). Analisis wacana teori dan praktik. Pustaka Cakra.

16. Tarigan, H. G. (1987). Teknik pengajaran keterampilan berbahasa. Angkasa.

17. Tarigan, H. G. (2009). Pengkajian pragmatik. Angkasa.
Telah diterbitkan
2022-10-29
Bagaimana untuk memetik sitasi
Zein, T., & -, P. (2022). Analisis Kesinambungan Topik dalam Cerita Rakyat Melayu Batu Batangkup. Jurnal Bahasa, 22(2), 251-272. doi:10.37052/jb22(2)no4