Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa

  • Aminnudin Saimon Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hab Pendidikan Pagoh, 84600 Muar, Johor, Malaysia.
  • Lisa Licson Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hab Pendidikan Pagoh, 84600 Muar, Johor, Malaysia.

Abstrak

Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek. Berdasarkan pemerhatian, sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983). Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana. Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis. Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana. Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.


Kata kunci: Penggunaan, deiksis, pragmatik, Levinson, filem, Hikayat Merong Mahawangsa

Rujukan

1. Aminnudin Saimon. (2019). Lakuan bahasa dalam filem Melayu terpilih [Disertasi kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.

2. Aminnudin Saimon. (2015). Leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said [Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.

3. Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir (Ed. kelima). Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Azmin. A. M. (2018). Analisis deiksis dalam novel surga yang tidak dirindukan: Kajian pragmatik [Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Negeri Jakarta.

5. Darista. (2015). Deiksis dalam kumpulan cerpen al-Kabuus tinjauan sosiopragmatik. Al-turas. http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/al-turats/ article/viewFile/3846/2830

6. Huang, Y. (2014). Pragmatics. (2nd. ed). Oxford University Press.

7. Levinson, S. (1983). Pragmatics. Cambridge University Press.

8. Maryam Nabilah Alias & Nurul Jamilah Rosly. (2020). Analisis deiksis dalam novel 9 Nyawa: Satu analisis pragmatik. International Young Scholars Journal of Languages. https://iium.edu.my/media/62554/Analisis%20 Deiksis%20Novel%209%20Nyawa.pdf

9. Miftah, Z. M. (2016). Analysis of deixis in the article selected from the Jakarta Post. Proceeding of International Conference: Role of International Languages Toward Global Education System. IAIN Palangka Raya. Central Kalimantan. Indonesia. 25 June 2016.

10. Nurul Shahida Jamil, Maslida Yusof & Karim Harun. (2016). Dieksis sosial dalam interaksi masyarakat Melayu Kedah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(11), 44-61. https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/ viewFile/15614/4889

11. Rosanti Saman & Djon Lasmono. (2017). Deiksis bahasa Melayu Sambas dalam filem Kembang Polaria. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran. h t t p s : / / core.ac.uk/download/pdf/304715980.pdf

12. Silvia Hariyati Merentek. (2016). Deiksis dalam filem Cinderella: Analisis pragmatik [Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Sam Ratulangi.

13. Silvilia, H. (2020). Use of deixis in Harry Potter and the sorcerer's stone by J. K.

14. Rowling (A pragmatic analysis). IOSR Journal of Humanities and Social Science, 25(2), 19-26.

15. Tira Nur Fitria. (2020). Analysis of deixis in the movie subtitle of First Kiss. LET: Linguistics, Literature and Language Teaching Journal. 10(1).

16. Yurica Papilaya. (2016). Deiksis persona dalam filem Maleficent: Analisis pragmatik. Jurnal Elektronik Fakultas Sastra Universitas Sam Ratulangi, 3(2). https://ejournal.unsrat.ac.id/index.php/jefs/article/ viewFile/12897/12485
Telah diterbitkan
2023-04-18
Bagaimana untuk memetik sitasi
Saimon, A., & Licson, L. (2023). Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Jurnal Bahasa, 23(1), 147-168. doi:10.37052/jb23(1)no6