Penerapan Rumus Sintaksis dalam Karangan Fiksyen Kanak-Kanak oleh Murid Lembam Sekolah Rendah: Fokus pada Binaan Ayat

  • Nor Azuwan Binti Yaakob Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
  • Awang Sariyan Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Syed Nurulakla Syed Abdullah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini berfokus pada penerapan rumus sintaksis dari aspek binaan ayat dalam karangan fiksyen kanak-kanak oleh murid lembam sekolah rendah di Selangor dan Putrajaya, Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis binaan unsur sintaksis yang dihasilkan dalam karangan fiksyen kanak-kanak oleh sampel kajian terpilih; mengaitkan analisis binaan unsur sintaksis itu dengan kemampuan sampel kajian dalam penulisan karangan fiksyen kanak-kanak dari sudut bahasa; serta menyarankan strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk aspek penulisan kepada murid-murid lembam.  Aspek sintaksis yang dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini ialah binaan ayat, yang meliputi ayat tunggal, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk bercampur. Aspek binaan ayat ialah aspek asas dalam sintaksis yang perlu dikuasai untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Model analisis sintaksis yang digunakan ialah model yang diketengahkan oleh Awang (2015) yang merupakan penyesuaian daripada Model Short dan Leech (1981, 2007) dalam kaedah analisis prosa fiksyen. Daripada analisis yang dilakukan, didapati bahawa sampel kajian yang terdiri daripada kategori murid lembam dapat menerapkan rumus sintaksis untuk menerbitkan ayat dalam hierarki sintaksis, iaitu daripada ayat tunggal (ayat yang paling mudah) kepada ayat yang lebih kompleks, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. 

Rujukan

1. Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan teori analisis kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation,7(1), 3 ‒13. https://doi.org/10.17576/jatma-2019-0701-01

2. Asraf. (1978). Beberapa prinsip dasar untuk tatabahasa Melayu: Penggolongan dan Penjenisan Ayat. Dewan Bahasa,22(11), 752‒770.

3. Awang Sariyan. (2015). Sintaksis bahasa Melayu bersumberkan karya sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Blackhurst, A. E. (1981). An introduction to special children. Little Brown.

5. Borah, R. R. (2012). Slow learners: Role of teachers and guardians in honing their hidden skills. International Journal of Educational Planning & Administration, 3(2), 139‒143.

6. Halida Jawan & Zamri Mahamod. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat bahasa Melayu Murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 67‒77. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd.

7. Ismail bin Dahaman. (2016). Canggihnya bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Leech, G.N., & Short, M.H. (2007). Style in fiction: A linguistic introduction to English Fictional Prose. Longman.

9. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1993). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Nor Azuwan Yaakob, Awang Sariyan, Syed Nurulakla Syed Abdullah, Sharil Nizam Sha’ri & Audrey Geraldine Boudville. (2021). Application of children’s fiction narrative writing genre among slow learning children. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(3), 784‒819.

11. Puteri Roslina Abdul Wahid dan & Azimah. 2016. Gaya pembelajaran kanak-kanak lembam dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2), 323‒348.

12. Siti Farah, Mat Daud. (2011). Pemaparan idea dan penguasaan bahasa dalam karangan pelajar lembam: Satu kajian kes [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. University of Malaya.

13. Siti Rahayu Muhammad & Sharil Nizam Sha’ri. (2022). Analisis kesilapan kata tugas dalam karangan Bahasa Melayu murid tahun enam. Asian Journal of Civilizational Studiese. ISSN 2682‒8022. http://www.ajocs.com/index.php/ajocs/article/view/102/72.

14. Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (2000). Pelita bahasa Melayu (Edisi Baharu). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2022-10-29
Bagaimana untuk memetik sitasi
Yaakob, N., Sariyan, A., & Syed Abdullah, S. (2022). Penerapan Rumus Sintaksis dalam Karangan Fiksyen Kanak-Kanak oleh Murid Lembam Sekolah Rendah: Fokus pada Binaan Ayat. Jurnal Bahasa, 22(2), 299-328. doi:10.37052/jb22(2)no6