Metafora Akal, Kehidupan Dan Fikiran Dalam Buku Falsafah Hidup Karya Hamka
Abstrak
Manusia cenderung untuk memanfaatkan metafora bagi menyampaikan makna implisit di sebalik penyampaian makna literal terutamanya dalam penulisan. Pemanfaatan metafora dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan perspektif seperti menyampaikan sesuatu yang bersifat abstrak atau menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks. Namun begitu, metafora yang mengandungi makna yang berlapis membawa kepada berlakunya penyalahtafsiran makna, disebabkan pengguna bahasa tidak dapat memahami makna disebalik ungkapan tersebut. Hal ini turut menyebabkan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca gagal difahami dan terjadinya kekaburan makna dan kegagalan komunikasi. Penggunaan metafora yang menghiasi penulisan karya Hamka dengan konsep falsafah kehidupan menjadi wadah untuk menginterpretasikan makna tersirat yang wujud disebalik penulisannya. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan penginterpretasian makna metafora AKAL, KEHIDUPAN dan FIKIRAN yang paling mendominasi dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka berdasarkan kepada pengaplikasian teori Hibrid. Data kajian ini diperoleh daripada empat bab pertama buku Falsafah Hidup. Analisis terhadap tiga metafora ini telah dapat menghasilkan beberapa rantau konseptual yang memanifestasikan fikiran Hamka dalam menghuraikan dimensi asas kehidupan. Dua bentuk metafora iaitu metafora konvensional dan metafora linguistik telah dikenal pasti dalam kajian. Kedua-dua bentuk metafora ini juga berjaya menghasilkan tiga jenis metafora konseptual iaitu metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural.
Kata kunci: Metafora linguistik, metafora konvensional, metaforaorientasi, metafora ontologi, metafora struktural, Teori Hibrid
Rujukan
2. Awang Had Salleh & Abdul Razak Abu. (1990). Budi. Marwilis Publisher & Distributors.
3. Awang Sariyan. (1992). Koleksi warisan tikaman Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Carston, R. (2002). Thoughts and utterances: The pragmatics of explicit communication. Blackwell Publishing.
5. Dadang Mahdar. (2014). Kedudukan akal dalam al-Quran dan fungsinya dalam pendidikan hukum Islam. Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung.
6. Hamka. (2019). Falsafah hidup. PTS Publishing House.
7. Hawkes, T. (1972). Metaphor. Methuen and Co. Ltd.
8. Ibn Manzur. (2003). Lisan al-'Arab, 6. Dar al-Ma'arif.
9. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Kovecses, Zoltan. (2010). Metaphor: A practical introduction (2nd Ed.). Oxford University Press.
11. Krippendorff, K. (2004). Content analysis: An introduction to its methodology (2nd ed.). Sage.
12. Lakoff, G, & Johnson, M. (1980). Metaphors we live by. University of Chicago Press.
13. Lakoff, G. (1992). The contemporary theory of metaphors. Dlm. Andrew, O. (pnyt). Metaphor and thought (2nd ed.). Chambridge University Press.
14. Maslida Yusof. (1999). Makna bukan literal: Kes metafora dan hiperbola. Jurnal Dewan Bahasa, 4-9.
15. Muhammad Haji Salleh. (2002). Puitika sastera Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Muhammad Fadzllah Zaini. (2015). Metafora ADAT dalam pantun Melayu. Kolokium Bahasa Linguistik dan Komunikasi, Akademi Pengajian Bahasa UiTM. 7-9 September 2015.
17. Mustafa Daud. (1992). Sastera dakwah: Satu analisis kritis terhadap karya kreatif HAMKA [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Sains Malaysia.
18. Nirwana Sudirman, Zulkifley Hamid, Masitah Mad Daud & Nik Zulaiha Zakaria. (2017) Metafora konsepsi dan skema imej sebagai cerminan pemikiran dan kehidupan orang Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
19. Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin, & Zaharani Ahmad. (2012). Perluasan makna alim: Analisis semantik kognitif. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(12), 457-473.
20. Nur Faizah Mohd Zalkarnil. (2016). Metafora HATI dalam korpus tradisional dan korpus kontemporari: Satu analisis Teori Hibrid [Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Mara.
21. Rahman Shaari. (1993). Memahami gaya bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
22. Ravi Nagarathanam. (2015). Hubungan sikap, pemikiran dan tingkah laku terhadap keinginan dalam pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan prasiswazah India di institut pengajian tinggi sekitar Bangi [Tesis Sarjana yang diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia]. ResearchGate.
23. Rokim Mohd. (2017). Konsep pendidikan akal dalam perspektif Hamka. Pancawahana: Jurnal Studi Islam, 12(2).
24. Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2008). Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik: Satu analisis semantik kognitif. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(1). Universiti Kebangsaan Malaysia.
25. Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Metafora kasih dalam teks Melayu tradisional: Analisis teori Hibrid. Jurnal Linguistik, 17(1), 19-28.
26. Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Metafora konsepsi emosi marah dalam data korpus teks tradisional Melayu. Seminar Linguistik Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
27. Rozaimah Rashidin. (2016). Metafora emosi dalam data korpus teks tradisional Melayu: Analisis Teori Hibrid [Disertasi kedoktoran. yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
28. Siddiq Fadzil. (2001). HAMKA: Mengangkat martabat umat dan tamadun Melayu: Tinjauan apresiatif terhadap pemikiran HAMKA. Dlm. HAMKA dan transformasi sosial di alam Melayu, 1-20. Dewan Bahasa dan Pustaka.
29. Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognition (2nd ed.). Oxford.
30. Stover, Hanna. (2010). Metaphor and relevance theory: A new hybrid model [Disertasi kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Bedfordshire.
31. Suziana Mat Saad, Nor Hashimah Jalaluddin & Imran-Ho Abdullah. (2017). Kehidupan adalah perjalanan: analisis metafora konseptual dalam Salina dan La Vie Devant Soi. AKADEMIKA, 87(1), 189-205.
32. Tendahl, M. (2009). A hybrid theory of metaphors: relevance theory and cognitive linguistics. Palgrave Macmillan.
33. White, M. D., & Marsh, E. E. (2006). Content analysis: A flexible methodology. Library Trends, 55(1), 22-45.
34. Za'ba. (2002). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
35. Zaid Mohd Zin & Wan Suhaila Wan Idris. (2017). Kajian persamaan makna peribahasa Melayu dan peribahasa Jepun. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, 7. Universiti Malaya.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.