Rekonstruksi Fonologi Vokal Bahasa Jakun: Suatu Analisis Fonologi Diakronik dengan Bahasa Melayu PURBA
Abstrak
Kajian ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh masyarakat orang asli Jakun di negeri Johor. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan proses fonologi vokal bahasa Jakun dengan membandingkannya dengan proses fonologi vokal bahasa Melayu purba yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992). Perbandingan secara diakronik ini dilakukan bagi mendapatkan bentuk fonologi bahasa Jakun yang sebenar. Objektif berkenaan dicapai dengan menggunakan teori fonologi atur rumus oleh Chomsky & Halle (1968). Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dalam penghuraian data yang dipungut di lapangan. Hasil kajian ini telah menunjukkan bentuk sebenar fonologi vokal bahasa Jakun di negeri Johor. Antara penemuan baharu kajian ini adalah menolak kenyataan Carey (1976) yang menganggap bahasa Jakun kini sudah hilang sifat keasliannya dan meminjam kosa kata bahasa Melayu sahaja. Kajian ini mendapati bahawa bahasa Jakun bukannya meminjam bahasa Melayu tetapi bahasa Jakun ini merupakan salah satu cabang daripada bahasa induk, iaitu bahasa Melayu purba. Di samping itu, salah satu penemuan baharu dalam kajian ini ialah terdapatnya vokal dalam bahasa Jakun yang menjadi sengau disebabkan proses penasalan vokal secara regresif. Fenomena ini dianggap istimewa kerana vokal pada suku kata tertutup sebelum konsonan nasal dan faringgal pada akhir kata menerima fitur nasal daripada konsonan nasal dan faringgal secara ke belakang. Kewujudan penasalan vokal secara regresif ini boleh dikatakan sebagai penemuan baharu dalam kajian kerana proses fonologi ini tidak berlaku dalam bahasa Melayu standard tetapi wujud dalam dialek lain seperti dialek Pattani Gerik. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian bahasa Jakun dan bahasa orang asli di tempat lain.
Rujukan
2. Amran Kasimin. 1991. Religion and social change among the indigenous people of the Malay Peninsula. Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Asmah Haji Omar. (1969). The Iban language of Sarawak: A grammatical description. PhD thesis. University of London.
4. Asmah Haji Omar. (1988). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Asmah Haji Omar, et al. (2018). The Orang Asli of Malaysia: A linguistic perspective. University of Malaya Press.
7. Benjamin, Geoffrey. (1985). On pronouncing and writing Orang Asli languages: A guide for the perplexed. Orang Asli Studies Newsletter. Number 4. Department of Anthropology Dartmouth College: United States.
8. Benjamin, Geoffrey. (1986). On pronouncing and writing Orang Asli languages: A guide for the perplexed. Orang Asli Studies Newsletter. Number 5. Department of Anthropology Dartmouth College: United States.
9. Bloomfield, Leonard. (1992). (Penterjemah: Alias Mahpol et al.). Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Blust, R. A. (1981). The reconstruction of Proto-Malayo-Javanic: An appreciation. pp. 456‒469. http://www.jstor.org/stable/27863392?origin=JSTOR-pdf
11. Blust, R. A. (1986). (Pengumpul dan Penterjemah) Collins, James. T. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
12. Campbell, Lyle & Muntzel, Martha. (1989). The structural consequences of language death. Cambridge University Press.
13. Carey, I. (1976). Orang Asli: The aborigional tribes of Peninsula Malaysia. Oxford University Press.
14. Castillo-Montoya, M. (2016). Preparing for interview research: The Interview protocol refinement framework. The Qualitative Report,21(5), 811‒831.
15. Chomsky, Noam & Halle, Morris. (1968). The sound pattern of English.
16. Harper & Row.Farid M. Onn. (1980). Aspects of Malay phonology and morphology: A generative approach. Universiti Kebangsaan Malaysia.
17. Farid M. Onn. (2014). Saya dan fonologi bahasa melayu: mendekati tatabahasa sejagat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
18. Feagin, C. (2002). Chambers, J.K., et al. (Eds.), The handbook of language variation and change. Blackwell.
19. Harimurti Kridalaksana. (1988). Masalah metodologi dalam rekonstruksi “bahasa Melayu purba”. Dlm. Mohd. Thani Ahmad dan Zaini Mohamed Zain. (Penyusun). Rekonstruksi dan Cabang-cabang Bahasa Melayu Induk. Dewan Bahasa dan Pustaka.
20. Harun Aminurrashid. (1966). Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu. Pustaka Melayu.
21. Hendon, S. Rufus. (1966). The phonology and morphology of Ulu Muar Malay. Department of Anthropology Yale University.
22. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
23. Kenstowich, M. & Kisseberth, C. (1979). Generative phonology. Academic Press, Inc.
24. Krauss, Michael. (1992). The world’s languages in cricis. Language, 68 (1), University of Alaska.
25. Lehmann, P. Winfred. (1992). Historical lingusitics. Routledge.Logan, James Richardson. (1847). The Orang Binua of Johore. Journal of The Indian Archipelago and Eastern Asia,1, 242‒293.
26. Maeda, Narifumi Tachimoto. (2001). A. Baer (Ed.) The Orang Hulu: A Report on Malaysian Orang Asli in the 1960’s. Center For Orang Asli Concers.
27. Mohd Khaidir & Adi Kasman. (2021). Penentuan tingkat kekerabatan dan abad pisah antara bahasa Banjar dengan bahasa Melayu: Kajian linguistik sejarah dan perbandingan. Jurnal Bahasa, 21(2), 273-304. doi:10.37052/jb21(2)no5
28. Mohd Tarmizi Hasrah. 2019. Penasalan vokal dalam dialek Melayu Hulu Pahang. Jurnal Bahasa, 19(2), 199-230. doi:10.37052/jb.19(2)no2Mohd Tarmizi Hasrah. 2020. Dialek Pasir Raja: Ciri fonologi dan pengelompokan. Jurnal Bahasa, 20(2), 173-202. doi:10.37052/jb20(2)no1
29. Noone, H. D. (1939). Notes on the Benua Jakun Language, spoken at Sungai Lenga, Ulu Muar, Johore. Journal of the Federated Malay States Museums, . XV, Part 4. F.M.S. Museums.
30. Odden, D. (2013). Introducing phonology. Cambridge University Press.
31. Samarin, William J. (1993). Linguistik Lapangan: Panduan Kerja Lapangan Linguistik. Diterjemah oleh Kamaruzaman Mahyidin dan Zahrah Abd. Ghafur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
32. Schane, S. A. (1973). Generative phonology. Prentice-Hall, Inc.Seidlitz, Eric. William. (2005). A Study of Jakun Malay: Some aspects of its phonology [Tesis Sarjana Persuratan tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
33. Skeat, W. W. & Blagden, O. C. (1966). Pagan races of The Malay Peninsula, Volume One: Chapter 1-7. Frank Cass & Co. Ltd.
34. Skeat, W. W. & Blagden, O. C. (1966). Pagan Races of The Malay Peninsula, Volume Two: Chapter 1-2.
35. Frank Cass & Co. Ltd.Skeat, W. W. & Blagden, O. C. (1966). Pagan Races of The Malay Peninsula, Volume Two: Chapter 3. Frank Cass & Co. Ltd.
36. Tajul Aripin Kassin. (1996). Penasalan vokal dalam bahasa Melayu standard dan dialek Pattani Gerik: Satu huraian perbandingan. Jurnal Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
37. Yunus Maris. (1980). The Malay sound system. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
38. Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi generatif: Teori dan penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.