Keberkesanan aplikasi TMK dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian kes

  • Abul Fuad Mohamed Salim Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan
  • Izani Hj Daud

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid, minat dan penglibatan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Alat ukur kajian ini ialah ujian pradan ujian pasca- bagi melihat keberkesanan penguasaan kemahiran membaca dan Instrumen Permerhatian Guru bagi mengukur minat dan penglibatan murid. Dua kaedah P&P diguna pakai dalam kajian ini, iaitu kaedah Stand Alone yang menyamai situasi dan kemudahan TMK di makmal komputer dan pusat akses sekolah dan kaedah Bilik Darjah. Penyampaian kemahiran membaca kepada murid dilakukan secara pengayaan kendiri dan berfokuskan guru. Dapatan kajian menunjukkan minat murid adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK dan kaedah Stand Alone. Kaedah ini lebih diminati berbanding kaedah Bilik Darjah. Penglibatan murid juga adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK, dan tiada perbezaan penilaian pemerhatian bagi kaedah Stand Alone dan kaedah Bilik Darjah. Secara keseluruhan telah berlaku peningkatan secara menyeluruh dalam penguasaan kemahiran membaca muridmurid.

Rujukan

Abu Bakar Nordin, 1995. Penilaian Afektif. Kajang: Masa Enterprise.

Buku Manual Kajian Tindakan, 2008. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Modul Kajian Tindakan BTPN, 2010. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Modul tidak diterbitkan.

Modul Peer Tutoring PSPN Kelantan (Rakan Bestari), 2004. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.
Wan Chik Ibrahim, 1997. A Guide to Writing Research Proposals. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Zainora bt Mohd @ Man, 2005. Meningkatkan kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Kaedah Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. SK. Merting, Pahang.

Zuria Mahmod, Dr. Ab. Halim Tamuri dan Safani Bari, 2004. Kajian ke Atas Aspirasi, Nilai Diri, Halangan dan Keperluan Pelajar Fikir di Negeri Selangor: Satu Tinjauan Awal di Daerah Sabak Bernam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Telah diterbitkan
2022-11-30
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Salim, A., & Hj Daud, I. (2022). Keberkesanan aplikasi TMK dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian kes. Jurnal Bahasa, 10(2), 223-241. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8466/3994