Aspek prosodi dalam berbahasa penutur bukan Melayu

  • Indirawati Zahid Universiti Malaya

Abstrak

Kajian ini membincangkan bagaimana aspek prosodi penutur Cina mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Melayu. Dalam kajian ini, sistem bunyi dan struktur kata bahasa Cina dikenal pasti dan dibandingkan dengan binaan suku kata bahasa Melayu. Bahasa Cina (dengan berfokus kepada Mandarin) merupakan bahasa nadaan yang pola nadanya membentuk sebahagian daripada struktur kata dan berfungsi sebagai faktor pembeza makna. Sebaliknya, bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai bahasa intonasi dengan maksud walau bagaimana sesuatu bunyi itu diartikulasikan, perbezaan makna dasar kata tersebut tidak akan berubah. Dalam kajian ini, bunyi awal dan akhir dalam bahasa Cina dipadansuaikan dengan binaan suku kata bahasa Melayu selain mengenal pasti realisasi fonetik fon-fonnya. Analisis dan perbandingan sistem bunyi dan struktur suku kata yang terdapat dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual sebagai sumber primer komunikasi untuk menghasilkan representasi grafik nada yang kemudiannya dibandingkan dengan rujukan nada (Beijing) yang diperoleh daripada CD-ROM interaktif bahasa Mandarin yang dihasilkan di China. Kajian ini menunjukkan kadar kacukan berkorelasi dengan sistem dan struktur bahasa Cina dan Melayu. Oleh itu, kajian ini mencadangkan apabila terdapat persamaan dalam pengartikulasian bunyi untuk kedua-dua bahasa, proses pembelajaran akan lebih mudah.

Rujukan

Indirawati Zahid, 2003. "Kajian lntonasi Fonetik Eksperimental: Realisasi Makna Emosi Fi/em Sembilu I dan 2". Tesis Ph.D, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

lndirawati Zahid, 2005. " Kacukan Bahasa: Aspek Prosodi dalam Berbahasa Penutur Bukan Melayu" . Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kacukan dan Kacukan Bahasa, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang pada 17 September 2005.

lndirawati Zahid, 2005. "Kacukan Bahasa: Aspek Prosodi dalam Berbahasa Penutur Bukan Melayu (Lanjutan)" kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Linguistik ASEAN ke-3, Jakarta, Indonesia.

http://www.chinese-outpost.com/language/pronunciation/

http: //www.courses.fas.harvard.edu/- pinyin/pinyin2.htm Harvard Chinese Language Program. Department of East Asian Languages & Civilizations. Harvard University.

Kamus Unguistik, l 997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Key, M.R., 1975. Paralanguage and Kinesics (Nonverbal Communication). The Scarecrow Press, Inc. Metuchen, N.J.

Laver, J., 1994. Principles of Phonetics. Cambridge: University Press Longman Dictionary of language & Applied Linguistics, 1993. Longman Group UK Limited.

Lutfi A bas, I 974. "Plosif-plosif Bahasa Malaysia Dibandingkan dengan Plosif-plosif Bahasa Cina, Tamil dan lnggeris" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 8:3 , him. 120 - 126. Multimedia Standard Chinese Course Beijing University Press.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, 1965. Ilmu Fonetik dengan latihan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

Sidharta (Sie Ing D jiang), 1976. The Consonantal and Vowel Systems of Malay and Huayu. A Contrastive Analysis. Nanyang University of Singapore: Chinese Language Centre.
Telah diterbitkan
2007-06-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Zahid, I. (2007). Aspek prosodi dalam berbahasa penutur bukan Melayu. Jurnal Bahasa, 7(1), 22-46. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8478/4004