Proses asimilasi dalam bahasa bisaya: analisis fonologi autosegmental

  • Zaharani Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini cuba menghurai dan menjelaskan proses asimilasi yang berlaku dalam bahasa Bisaya, iaitu salah satu bahasa suku kaum bumiputera yang dituturkan di Sabah. Huraian yang dipaparkan menerapkan kerangka teori fonologi autosegmental (Goldsmith, 1990) dan model geometri fitur Halle-Sagey (Halle, 1992). Proses asimilasi yang dibincangkan ialah nasalisasi hentian dan harmoni vokal. Nasalisasi hentian ialah satu proses fonologi yang mengubah bunyi hentian oral menjadi hentian nasal, manakala harmoni vokal pula ialah satu proses yang me libatkan bunyi-bunyi vokal di dalam kata berkongsi persamaan satu atau lebih ciri-=ciri fonologi. Keduadua proses asimilasi ini dianalisis sebagai satu proses penyebaran autosegmen yang memetakan fitur tertentu dari segmen sumber kepada segmen sasaran yang akhimya menyebabkan modifikasi berlaku. Dalam nasalisasi hentian fitur yang terlibat dalam proses penyebaran itu ialah fitur [+nasal], manakala bagi harmoni vokal pula ialah fitur [ ±rendah].

Telah diterbitkan
2007-06-04
Bagaimana untuk memetik sitasi
Ahmad, Z. (2007). Proses asimilasi dalam bahasa bisaya: analisis fonologi autosegmental. Jurnal Bahasa, 7(1), 159-180. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8481/4005