Tema bertanda ayat qacana: analisis nahu fungsional
Abstrak
Halliday (1994) apabila membincangkan fungsi ayatlklausa sebagai representasi ideasional — cara menyampaikan pola pengalaman — menegaskan bahawa untuk fungsi itu, klausa lazimnya mengandungi tiga unsur utama, iaitu proses, pemeran, dan keadaan. Menurutnya, unsur keadaan dalam klausa direalisasikan melalui gugusan adverba atau frasa preposisi. Unsur keadaan itu atau dalam sesetengah buku nahu dinamakan adverba atau keterangan, kurang dihuraikan dalam sintaksis formal. Berasaskan kerangka teori nahu fungsional Halliday (1994) dan Asmah (1986) serta memanfaatkan wacana Sasterawan Negara A. Samad Said, kertas kerja ini khusus membincangkan unsur keadaan di awal ayat atau dinamakan "Tema bertanda". Perbincangan meliputi bentuk dan fungsi unsur Tema bertanda dalam membantu menyampaikan pola pengalaman dalam ayat serta wacana.
Rujukan
Azhar M. Simin, 1993. Sintaksis Wacana 'yang' dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Halliday, M.A.K., 1994. An Introduction to Functional Grammar. Second Edition. London: Arnold.
James, C., 1983. Contrastive analysis.
Nik Safiah et al., 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thompson, G., 2004. Introducing Functional Grammar. Second Edition. London: Arnold.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.