Penterjemahan istilah biologi: Perbandingan tiga dekad

  • Hasnah Mohamad Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Artikel ini membincangkan perubahan istilah biologi dalam tempoh tiga dekad (1960-an, 1980-an, 1990-an). Kajian tertumpu pada istilah biologi yang merupakan istilah terjemahan dan pinjaman kerana bidang biologi merupakan bidang yang diimport dari negara luar, justeru memerlukan peminjaman konsep dalam bidang berkenaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kewujudan pola tertentu dalam pembentukan istilah pada tiga dekad yang berlainan. Kajian ini turut menyelisik sikap bahasa masyarakat terhadap istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis teks buku istilah dan Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digunakan dalam kajian ini. Data yang dianalisis ialah Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian (1968), Istilah Biologi (1988), dan Pangkalan Data Korpus DBP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahun 1968 hingga 1988 lebih 80 peratus istilah yang dikaji telah mengalami perubahan dan perubahan tersebut dihuraikan dalam lima kategori. Selepas tempoh tersebut, iaitu dekad 1990-an, kajian mendapati hanya lima peratus istilah yang mengalami perubahan. Fakto-faktor yang menyebabkan perubahan istilah tersebut juga telah dikenal pasti. Kajian juga menunjukkan sikap positif masyaraka terhadap istilah yang dihasilkan digambarkan melalui penerimaan dan penggunaan istilah tersebut dalam bahan terbitan buku dan akhbar. Selain itu, pola penggunaan istilah yang berbeza dalam tempoh yang dikaji telah berjaya dikenal pasti.

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1987. Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baker, C., 1992. Attitudes and Language. England: Multilingual Matters.

Daftar Istilah Biologi, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Felber, H., 1995. Panduan Peristilahan. Diterjemah oleh Zahrah Abd. Ghafur dan Salamiah Mat Sah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian, 1968. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Pembentukan Istilah, 2004. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Puteri Roslina Abdul Wahid, 2005. Peminjaman Kata Bahasa Inggeri dalam Peristilahan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sibarani, R., "Perubahan Bahasa: Kajian linguistik budaya terhadap leksikon" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 44(10) : 1037-044, 2000.

Tham Seong Chee, 1990. A Study of the Evolution of the Malay Language: Social Change and Cognitive Development. Singapura: Singapore University Press.
Telah diterbitkan
2009-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamad, H. (2009). Penterjemahan istilah biologi: Perbandingan tiga dekad. Jurnal Bahasa, 9(2), 173-188. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8497/4016