Bahasa Melayu dan komunikasi dalam dunia globalisasi: persoalan keupayaan bahasa Melayu, keutuhan jati diri bangsa Melayu dan ketakatan budaya Melayu

  • Teo Kok Seong Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini cuba meneliti keupayaan bahasa Melayu untuk mengendalikan komunikasi, lebih-lebih lagi yang moden sifatnya, dalam dunia globalisasi. Keupayaan bahasa Melayu, diteliti dari segi pembangunan bahasa Melayu, dalam kapasitinya selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, termasuklah sebagai bahasa pengantar ilmu, semenjak Malaysia menjadi sebuah negara berdaulat mulai 31 Ogos 1957. Kertas kerja ini juga cuba meneliti bahasa Melayu sebagai nadi kepada ketakatan serta jati diri bangsa Melayu, dalam konteks kemusnahan/kehilangan bahasa Melayu, khususnya dalam konteks sebagai bahasa ibunda atau etnik bangsa atau masyarakat Melayu, akibat berlakunya peralihan bahasa, dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, mulai 2003, untuk pendidikan sains dan teknologi. Pertalian bahasa Melayu-budaya Melayu selaku simbol dan kekuatan kepada identiti/jati diri bangsa atau masyarakat Melayu, ikut disentuh, dalam kerangka keutuhan khazanah budaya Melayu dalam bahasa Melayu, yang boleh terhakis atau hilang, sebagai akibat buruk daripada peralihan bahasa ini.

Rujukan

Abdullah Hassan, 1987a. Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan, 1987b. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1978. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1979. Language planning for Unity and Effi ciency. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Awang Sariyan, 2002. Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Linguistik Malaysia.

Phillipson, R., 1992. Linguistic Imperialism. Oxford: Oxford University Press.

Rahmah Ismail, 2000. “Kemajuan Ekonomi dan Pembangunan” dlm. Nor Aini Haji Idris dan Ab. Razak Dan (ed.), Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi, hlm. 125 – 145. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teo Kok Seong, “Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 43:l, hlm. 25 – 33,1999.

Teo Kok Seong, 2004. “Bahasa Melayu dalam Era Globalisasi: Isu Identiti” dlm. Awang Sariyan (ed.), Sumbangsih: Kumpulan Esei Mengenang Jasa ASRAF. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teo Kok Seong, 2006a. “Identiti Budaya Bahasa Melayu” dlm. Dewan Bahasa 6:6, hlm. 6 – 9, 2006.

Teo Kok Seong, 2006b. “Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi: Dua Konsep yang Berbeza” dlm. Dewan Bahasa 6:9, hlm. 20 – 23, 2006.

Teo Kok Seong, 2006c. “Kerancuan dalam Bahasa Melayu”: dlm. Jurnal Bahasa, 6:4, hlm. 697 – 712, 2006.

Teo Kok Seong, 2007a. “Bahasa Melayu dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia: Aset atau Liabiliti?” dlm. Jurnal Persatuan Linguistik (Malaysia)Jilid 8, 2007.

Teo Kok Seong, 2007b. Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Teo Kok Seong, 2007c. “Hari-hari Terakhir Bahasa Melayu: Persoalan Hayatnya sebagai Bahasa Cemerlang, Gemilang, Terbilang?” dlm. Zaharani Ahmad dan Noraziah Ali (ed.), Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara, hlm. 101 – 119. Bangi: Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa (PUSPA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teo Kok Seong, 2007d. “Ideologi Linguistik dan Bahasa Melayu dalam Era Globalisasi: Solidariti Kebahasaan Malaysia-Indonesia” dlm. Armida S. Alisjahbana, Ramdan Panigoro dan Parikesit (ed.), hlm. 497 – 502. Indonesia dan Malaysia dalam Era Globalisasi: Mewujudkan Kemakmuran Bersama.
Buku 2: Isu dan Permasalahan Politik, Hukum dan Budaya. Bandung & Bangi: Universitas Padjadjaran & Universiti Kebangsaan Malaysia.
Telah diterbitkan
2009-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Kok Seong, T. (2009). Bahasa Melayu dan komunikasi dalam dunia globalisasi: persoalan keupayaan bahasa Melayu, keutuhan jati diri bangsa Melayu dan ketakatan budaya Melayu. Jurnal Bahasa, 9(1), 100-117. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8506/4024