Variasi leksikal Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia: suatu analisis dari perspektif kata

  • Ibrahim Ahmad Universiti Malaya

Abstrak

Bahasa Melayu Malaysia (BMM) dan Bahasa Indonesia (BI) merupakan variasi bahasa Melayu. Kedua-duanya berasal daripada bahasa induk yang sama. Namun kedua-duanya mengalami perubahan, terutama selepas masing-masing mencapai kemerdekaan. Tulisan ini cuba merungkai sejauh mana wujudnya kecapahan di sebalik kesetumpuan dalam leksikal BMM dan BI. Data Kamus Dewan edisi keempat (2005) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia edisi ketiga (2001) menjadi narasumber kajian ini. Ada tujuh jalur yang ditelusuri dari perspektif kata. Pertama, kata yang sama dan seluruh komponen maknanya berbeza. Kedua, kata yang sama, tetapi bertindihan komponen maknanya yakni ada perbezaan dan persamaan. Ketiga, kata yang sama dan seluruh komponen maknanya sama. Keempat kata yang tidak ada pasangan makna (ada dalam BMM, tidak ada dalam BI. Kelima kata yang berbeza, tetapi konsepnya sama (yang tidak diketahui variasi lain). Keenam, kata yang berbeza, konsepnya sama (yang diketahui dalam salah satu atau kedua-dua variasi). Ketujuh, kata yang sama, tetapi berbeza dari segi stilistik dan temporal. Kajian ini menampilkan beberapa kecapahan yang menghambat keberkesanan komunikasi antara penutur BMM dan BI.

Rujukan

Abdullah Hassan, 1991. "Kata Pendahuluan" dlm. Leo Suryadinata Comparative Dictioanary of Malay-Indonesian Synonyms. Kuala Lumpur: Time Book Internatioanal.

Algeo, J., 1986. "The Two Streams: British and American English " dlm. Journal of English Linguistics, 19:2, hlm. 269 - 284.

Amdun Husain,1994. "Morfologi dalam Pembinaan Bahasa Melayu". Disertasi Sarjana Sastera. Bangi: UKM.

Asmah Haji Omar, 1998. "Wujudkah Tembok Bahasa antara Malaysia dan Indonesia" dlm. Sarjana: Jurnal Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya, 15, hlm. 1 - 15.

Asmah Haji Omar, 1983. Perkembangan Bahasa Malaysia dan Falsafah Pem-binaannya. Syarahan Perdana di Universiti Malaya, 22 Februari, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Badudu. J. S, 1989. Inilah Bahasa Indenesia yang Benar III. Jakarta: Gramedia.

Benson, M. et al., 1986. Lexicographic Description of English. John Benjamins Publishing Company.

Darwis Harahap, 1995. "Perubahan Makna dan Bentuk" dalam Jurnal Dewan Bahasa, 39:7, hlm. 633 - 646.

Halliday, M.A.K et al., 1968. " The Users and The Uses of Language" dlm. J.A. Fishman (ed.) Readings in the Sociology of Language. The Hague: Mouton.

Harimurti Kridalakasana, 1989. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta: PT Gramedia.

Hartmann, R.R.K, James, G., 1998. Dictionary of Lexicography. London and New York: Routledge.

Ibrahim Ahmad, 2006. "Variasi Nasional Malaysia-Indonesia: Perbezaan Leksikal dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia". Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Landau, S., 2001. The Art and Craft of Lexicography. Cambridge University Press.

Nik Safiah Karim et al. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tottie, G., 2002. An Introduction to American English. UK: Blackwell Publisher Ltd.

Trudgill, P dan Hannah, J., 1994. International English: A Guide to Varieties of Standard English. London: Edward Arnold.
Telah diterbitkan
2008-06-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Ahmad, I. (2008). Variasi leksikal Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia: suatu analisis dari perspektif kata. Jurnal Bahasa, 8(1), 42-72. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8511/4027