Dialektologi bahasa Bugis di Sabah

  • Noor Aina Dani Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Data kajian ini dikutip di daerah Tawau, Sabah kerana masyarakat Bugls yang berhijrah ke Sabah dari Pulau Sulawesi Selatan telah lama bermastautin di daerah Tawau. Bahasa Bugis masih digunakan oleh masyarakat Bugis di daerah tersebut. Bangsa Bugis ialah bangsa yang bertamadun kerana mempunyai tulisan tangan mereka sendiri yang dinamakan Lontara. Orang Bugis di daerah Tawau menghubungkaitkan kelahiran tulisan tangan mereka dengan I La Galigo, iaitu puisi agung yang diilhamkan daripada legenda Bugis. Namun, dalam kehidupan sebenar, bahasa Bugis ditentukan oleh ciri bunyi yang ada di sekitarnya. Kewujudan alomorf membuktikan hal ini. Golongan kata yang utama dalam bahasa Bugis ialah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, serupa dengan yang ada pada bahasa Melayu.

Rujukan

Asmah Hj. Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ahmad, 1975. Suatu Tinjauan Ringkas tentang Sistem Fonologi Bahasa Bugis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harimuni Kridalaksana, 1993. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

http://wwwbalipumati.cum/the-bali»pumati/publishing-i-lagaligo.htm diakses pada 19.4.2006.

http://www.geekprime.com/blogs/sky/archive/2005/01/07/1148.aspx diakses pada 19.4.2006.

http://www.omniglot.com/writing/lontara.htm diakses pada 21.4.2006.

Mills, R. F., 1975. Proto South Sulawesi and Proto Austranesian PphonoIogy. Michigan: Ann Arbor.

Mohd. Yusuf Md. Noor, 1997. Salasilah Melayu dan Bugis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Muhammad Salim dan Sapardi Djoko Damonu, 2006. Yayasan Bali Purnati. http://www.balipumati.com.

Nik Safiah Karim et aI., 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Smith, E., 1983. Language of Sabah. Summer lnstitute of Linguistics Malaysia Branch: Kota Kinabalu.
Telah diterbitkan
2006-06-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Dani, N. (2006). Dialektologi bahasa Bugis di Sabah. Jurnal Bahasa, 6(2), 191-211. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8517/4032