Perbezaan istilah Malaysia - Indonesia: satu analisis linguistik

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Halimah Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Abstrak

Istilah boleh dimasukkan di bawah payung perkamusan. Kekhususan kosa kata yang membezakan kedua-duanya. Tertubuhnya Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) telah meng-hasilkan jutaan istilah yang dipersetujui untuk dipakai bersama bagi meningkatkan persamaan dan kefahaman bahasa di peringkat lokal dan global. Meskipun begitu, masalah perbezaan istilah antara Malaysia dengan Indonesia masih menampakkan perbezaan yang ketara, malah semakin menjauh. Ada empat kategori istilah yang telah dipersetujui bersama, iaitu sama seluruhnya (contoh: kekurangan penduduk); istilah yang dipersetujui bersama tetapi berbeza sebahagiannya (contoh: nomor dan nombor); istilah yang bersinonim bagi salah satu negara (contoh: alat/instrumen bagi Indonesia dan alat sahaja bagi Malaysia). Seterusnya, istilah yang dipersetujui berbeza seluruhnya (contoh: betas kota bagi Indonesia dan sempadan bandar bagi Malaysia). Akhir sekali kategori istilah yang dipersetujui untuk digugurkan. Kertas ini akan memaparkan dan menjelaskan mengapa fenomena ini berlaku. Pengetahuan linguistik sekurang-kurangnya dapat memahamkan pengguna bahasa bahawa perbezaan ini ada kaitannya dengan faktor sejarah, budaya dan demografi.

Rujukan

As'ad Sungguh (ed.), 1998. Ejaan yang Disempurnakan. Jakarta: Bumi Aksara.

Asmah Hj. Omar, 2004. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar, 1982. Nahu Mutakhir Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, 1997. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad, 2004. "Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu - Indonesia dalam Mengukuhkan Peradaban Bangsa". Kertas kerja dlm. Prosiding Seminar Bahasa dan Sastera MABBIM dan MASTERA. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasnah Mohammad, 2005. "Perbandingan antara Leksikografi dan Terminografi", Kertas kerja Seminar Kebangsaan Linguistik di Bangi, 12-13 April 2005.

Nik Safiah Karim, 2004. Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Bahasa dalam Perniagaan: Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu, 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Projek Penyelidikan Persilihan Istilah Malaysia Indonesia, 2004. Bahagian Peristilahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, 2005. "Tuntutan Globalisasi dan Hambatan Lokalisasi dalam Bahasa: Kes Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia", SKIM KE-IX, Bandung, 10-12 Mei 2005.
Telah diterbitkan
2006-03-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jalaluddin, N., & Ahmad, H. (2006). Perbezaan istilah Malaysia - Indonesia: satu analisis linguistik. Jurnal Bahasa, 6(1), 30-48. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8528/4034