Kata penghubung dalam bahasa Melayu: persoalan linguistik dan gaya

  • Mohammad Fadzeli Jaafar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Ayat kompleks ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa yang dihubungkan oleh kata penghubung. Dalam bahasa Melayu, klausa setara biasanya dihubungkan oleh kata penghubung setara, misalnya kemudian, sementara klausa tak setara dihubungkan oleh kata penghubung tak setara, misalnya serta. Bagaimanapun, didapati bahawa pemerian tentang kata penghubung dalam bahasa Melayu tidak dibincangkan dengan wajar oleh penahu, khususnya dari segi istilah dan fungsi. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menggambarkan dan membincangkan fungsi unsur penghubung, dan bagaimana fungsi tersebut berkaitan dengan penggunaan dan gaya dalam teks sastera Melayu. Secara khususnya, makalah ini akan memperlihatkan bagai-mana unsur penghubung digunakan untuk menambah maklumat lakuan dan bukan lakuan dalam sesuatu ayat kompleks dalam bahan tersebut. Dengan erti kata lain, perbincangan linguistik tentang kehadiran unsur penghubung yang berdasarkan contoh sebenar yang digunakan oleh pengarang Melayu. Hal ini akan memberikan kesahan dalam menghubungkan deskripsi linguistik dengan penggunaan sebenar, dan gaya unsur penghubung dalam bahasa Melayu. Perbincangan ini akan menyumbang kepada bidang linguistik Melayu dalam konteks status dan fungsi unsur penghubung dalam bahasa Melayu.

Rujukan

Abdullah Hassan, 1987. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ahmad Samad Said, 1987. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Samad Said, 1997. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chapman, R., 1975. Linguistics and Literature: An Introduction to Literary Stylistics. Australia: Edward Arnold.

Cummings, M., & Simmons, R., 1983. The Language of Literature: A Stylistic Introduction to the Study of Literature. England: Pergamon Press.

Fowler, R., 1979. Linguistics and the Novel. London: Methuen.

Fowler, R., 1996. Linguistic Criticism. Oxford: Oxford University Press.

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, 1995. Nahu Melayu Moden. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa, 1991. Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Short, M., 1996. Exploring the Language of Poems, Play and Prose. London: Longman.

Za`ba, 1965. Pelita Bahasa Melayu: Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2006-06-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jaafar, M. (2006). Kata penghubung dalam bahasa Melayu: persoalan linguistik dan gaya. Jurnal Bahasa, 6(2), 294-310. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8535/4040