Ayat polipredikatif dalam Bahasa Melayu
Abstrak
Model-model ayat polipredikatif mempunyai kemungkinan yang luas untuk menjadikan isi makna sesuatu ayat lebih lengkap dan padat. Makna sesuatu klausa yang utama ditambah dengan pemerian situasi lain seperti aksi, gerakan, keadaan, perasaan dan sebagainya, tanpa diulangi subjeknya dan anggota yang lain. Ini diadakan sama ada dengan susunan multiverbal pada posisi sebutan atau mengaitkannya dengan pelbagai frasa kerja yang bergantung pada anggota klausa iutama. Susunan multiverbal ialah sebutan sejenis, sebutan serial, konstruksi rantai yang membawa makna perseptif, kausatif, dan performatif. Dari sudut linguistik umum, segala masalah analisis ayat poli-predikatif ada hubungannya dengan fenomena konjugasi kata kerja serta oposisi bentuk finit atau tak finit yang merupakan inti predikasi ayat pada peringkat lahir (sintaksis) dan inti proposisi pada peringkat batin (logik). Kategori morfologi berkenaan tidak ada dalam Bahasa Melayu Indonesia, maka kajian ini membahas hal-hal predikasi dan proposisi dalam kaitannya dengan susunan bahasa Melayu.
Rujukan
2. Alieva, Natalia F., 1998. Aspek-Aspek Tipologis daripada Tatabahasa Indonesia. Analitisme dan Sintetisme. Keposesifan. (Dalam bahasa Rusia,). Moskow.
3. Alieva, Natalia F., "Sarana Sintesis dan Analitis dalam Susunan Tatabahasa Melayu" dim. Jurnal Bahasa, Disember 2002.
4. Alieva et al., 1991. Bahasa Indonesia: Deskripsi dan Teori. Seri ILDEP. Yogyakarta: Kanisius.
5. Asmah Hj. Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Asraf, 1993. Mas 'alah Partikel yang belum Selesai dalam Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
7. Asraf, "Kata Kerja dan Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 42:11, him. 964-978, November 1998.
8. Azhar M. Simin, 1993. Sintaksis - Wacana "YANG" dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Darwis Harahap, "Parafrasa Kata Kerja" dim. Jurnal Dewan Bahasa, 38:11, hlm. 418-432, November 1994.
10. Gsell, R., 1998. "On Serial Construction in Standard Thai". Kertas kerja Persidangan EUROSEAS di Hamburg, 1998.
11. Lapoliva, Hans, 1990. Klausa Pemerlengkapan dalam Bahasa Indonesia. Suatu Tinjauan Sintaktik dan Semantik. Seri ILDEP. Yogyakarta: Kanisius.
12. Liaw Yock Fang, 1985. Nahu Melayu Moden. Singapura: Pustaka Nasional.
13. Nik Safiah Karim, 1995. Malay Grammar forAcademics and Professionals. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Nik Safiah Karim et al., 1987. Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Ramli Haji Salleh, 1995. Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.