Hubungan objek dan kata kerja transitif men-...-kan: analisis data korpus berkomputer

  • Zaharani Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Mohd Ra'in Shaari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan hubungan nahu antara kata kerja transitif meN-kan dengan objek dalam bahasa Melayu. Penahu-penahu tersohor seperti Za`ba (1965), Asmah Haji Omar (1993) dan Nik Safiah Karim et al. (1997) bersependapat bahawa setiap kata kerja transitif wajib diikuti oleh objek sebagai penyambut. Asraf (1989) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif dan objek tidak boleh dipisahkan atau disisipkan oleh mana-mana unsur lain kerana bentuk frasa kerja transitif merupakan bentuk terikat. Berbeza daripada pandangan Asraf (1989), makalah ini cuba menunjukkan dan menjelaskan bahawa masih terdapat unsur-unsur lain yang boleh memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Berdasarkan data korpus berkomputer, didapati bahawa sekurang-kurangnya terdapat dua unsur yang boleh memisahkan kata kerja transitif dan objek, iaitu kata sendi nama dan kata keterangan. Secara tidak langsung, ini membolehkan struktur Kata Kerja Transitif + Kata Sendi Nama + Objek dan Kata Kerja Transitif+ Kata Keterangan + Objek terhasil dalam bahasa Melayu. Bagi menjelaskan perilaku dua struktur ini, penulis akan menggunakan kerangka teori Relevans dan Transformasi Generatif yang diaplikasikan secara eklektik.

Rujukan

1. Abdullah Hassan, 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

2. Asmah Hj. Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakit.

3. Hashim Musa, 1990. Sintaksis Bahasa Melayu: Suatu Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa. Kuala Lumpur: Penerbitan Nusaniara.

4. Hashim Musa dan Ong Chin Guan, 1998. Pengantar Ilmu Maim:. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Mohd. Asraf Abdul Wahab, 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi.

6. Nik Safiah Karim et al., 1997. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Nor Hashimah Jalaluddin, 1995. Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

9. Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Semantik. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM.

10. Ramli Md. Salleh, "Transformasi Datif dalam Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Dewan Bahasa. hlm. 442-450, Mei, 1996.

11. Ramli Md. Salleh, 2000. Teori Sintaksis. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM.

12. Sinclair, J.M., 1991. Corpus, Concordans and Collocation. New York: Oxford University Press.

13. Sperber D. dan Wilson D., 1999. Relevans: Komunikasi dan Kognisi. Diterjemah oleh Nor Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. Zainal Abidin Ahmad (Za`ba), 1965. Pelita Bahasa Penggal J. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2005-06-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Ahmad, Z., & Shaari, M. (2005). Hubungan objek dan kata kerja transitif men-...-kan: analisis data korpus berkomputer. Jurnal Bahasa, 5(2), 58-76. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8542/4046