Pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995)

  • Vijayaletchumy a/p Subramaniam Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995). Pemerhatian dilakukan ke atas 40 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang mencakupi empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanak-kanak tersebut adalah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang, dan Tadika Perpaduan Taman Sri Serdang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat aspek pemerolehan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak untuk bertutur. Kajian ini menggunakan . pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian didapati menyokong pendapat Steinberg (1995), iaitu kecekapan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bergantung pada peringkat umur.

Rujukan

1. Cromer, Richard F., "Developmental Strategies for Language" dlm. The Development of Cognitive Processes. London: Academic Press, hlm. 305-358, 1976.

2. Piaget, J., 1953. The Origin of Intelligence in the Child. New York: International Universiti Press.

3. Sinclair, H., "The Transition from Sensory-Motor Behaviour to Symbolic Activity" dim. Interchange, 1, 3, him. 119-129, 1970.

4. Steinberg, 1995. Learning about Language An Introduction to Psycholinguistics. London & New York: Longman.

5. Vijayaletchumy alp Subramaniam, 2000. "Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu", Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.
Telah diterbitkan
2005-06-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Subramaniam, V. (2005). Pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995). Jurnal Bahasa, 5(2), 112-133. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8547/4049