Bahasa, konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk menyampaikan pemikiran, pengetahuan budaya, dan membentuk sesuatu konsep untuk disampaikan kepada pendengarnya. Dapatan kajian terdahulu membuktikan bahawa kanak-kanak Melayu prasekolah berkebolehan mencipta sesuatu konsep dan melakukan proses peluasan dan penyempitan makna. Hal ini membuktikan bahawa kecekapan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu sebenarnya ada kaitannya dengan pemikiran masyarakat Melayu yang menekankan aspek tersirat dalam menyampaikan mesej. Kesemua aspek ini telah mula digunakan pada peringkat kanak-kanak lagi. Kertas kerja ini membincangkan hubungan bahasa dengan konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu prasekolah dalam mencipta kata bandingan semacam, dan menyampaikan sesuatu mesej dalam pertuturan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan yang disokong dengan data yang diperoleh menerusi rakaman perbualan spontan kanak-kanak prasekolah di Serdang. Data yang dikumpul dianalisis oleh penyelidik dengan menggunakan teori Relevans.

Rujukan

1. Chomsky, Noam, 1975. Reflection on Language. New York: Pantheon Randon House Inc.

2. Grundy, P., 1995. Doing Pragmatics. Great Britain: Edward Arnold.

3. Hudson R.A., 1987. Socialinguistics. Cambridge: Cambridge University Press.

4. Leech, G., 1983. Principles of Pragmatics. London: Longman.

5. Levinson, S., 1978. Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.

6. Marzukhi Nyak Abdullah, "Teori-teori Pemerolehan Bahasa" dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 36:9, hlm. 839-846, 1993.

7. Mey, J., 1993. Pragmatics: An Introduction. Oxford: Blackwell Publishers.

8. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Nor Hashimah Jalaluddin, 1995. "Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisi Semantik dan Pragmatik". Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

10. Nor Hashimah Jalaluddin, 1999. Relevans Komunikasi dan Kognisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Piaget, J., 1955. The Language and Thought of the Child. New York: Meridian Books.

12. Schlesinger, I.M., "The Role of Cognitive Development and Lingusitic Input in Language Acquisition" dlm. Journal of Child Language, Bi1.4, hlm.153-169, 1977.

13. Sperber, D. & Wilson, 1986a. Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell.

14. Zaitul Azma Zainon Hamzah, 1997. "Pemerolehan Bahasa Pertama - Aspek Sintaksis di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah". Latihan ilmiah Sarjana Muda Sastera, Universiti Putra Malaysia.

15. Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2000. "Penggunaan Bahasa dalam Pertuturan Kanak-kanak Melayu Satu Analisis Pragmatik". Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

16. Zulkifley Hamid, "Pentafsiran Makna Pragmatik sebagai Kaedah yang Lebih Lengkap" dim. Jurnal Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, 35:7, hlm. 570-575, 1991.
Telah diterbitkan
2005-06-06
Bagaimana untuk memetik sitasi
Zainon Hamzah, Z. (2005). Bahasa, konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(2), 134-153. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8549/4051