Penterjemahan kata kerja bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu: (shuo 'berkata')

  • Goh Sang Seong Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Kader Mashudi

Abstrak

Kajian ini mengkaji padanan kata kerja bahasa Mandarin, (shuo 'berkata') kepada bahasa Melayu dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Mandarin-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua Ill: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan pemilihan kata padanan bahasa Melayu oleh enam orang penterjemah terpilih dalam antologi tersebut. Sebanyak sepuluh kata bahasa Mandarin dan kata padanannya dalam bahasa Melayu dikaji, akan tetapi hanya kata padanan bagi kata kerja, (shuo 'berkata ') sahaja dinyatakan di sini. Waiau bagaimanapun, implikasinya bagi sembilan kata kerja yang lain ada disebutkan. Kajian ini mendapati wujudnya berbagai-bagai kata padanan kata bahasa Melayu bagi satu kata kerja, (shuo 'berkata') bahasa Mandarin. Antara kesan yang nyata daripada fenomena ini dalam teks terjemahan yang dikaji ialah kehadiran pelbagai ragam output terjemahan: iaitu, terjemahan tepat, terjemahan berlebihan, terjemahan berkurangan, dan terjemahan salah. Bilangan kata padanan yang memberikan terjemahan tepatjauh melewati bilangan yang menimbulkan output terjemahan yang lain. Pada amnya, makna kata kerja dalam konteks berkenaanlah yang terutamanya menjadi penentu bagi pemilihan kata padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

Rujukan

1. Chierchia, Gennaro dan Mc Connel-Ginet, Sally, 1990. Cetakan 3, An Introduction to Semantics. London: The MIT Press.

2. Goh Sang Seong, 2003. "Penterjemahan Bahasa Mandarin kepada Bahasa Melayu: Kajian Padanan Kata Kerja dalam Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai". Tesis Sarjana Sastera. Universiti Sains Malaysia.

3. Kempson, Ruth M., 1977. Semantic Theory. London: Cambridge University Press.

4. Im Chuan Boon. 2000. Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Newmark, Peter, 1981. Approaches to Translation. London: Ergamon Press Ltd.

6. Nida, A. Eugene & Charles R. Taber, 1969. The Theory and Practice of Translation. Leiden: E. J. Brill.

7. Nida, A. Eugene, 1975. ComponentialAnalysis of Meaning. 2nd Printing. New York: Mouton Publishers.

8. Nida, Eugene A., 1975. Menerokai Struktur Semantik. Terjemahan Mashudi Kader ( 1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2022-12-21
Bagaimana untuk memetik sitasi
Sang Seong, G., & Mashudi, K. (2022). Penterjemahan kata kerja bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu: (shuo 'berkata'). Jurnal Bahasa, 4(2), 225-256. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8552/4053