Persamaan dan kemiripan bahasa: perbandingan kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak

  • Noriah Mohamed Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Rohani Mohd. Yusof Universiti Malaya, Malaysia

Abstrak

Makalah ini berfokus kepada hasil kajian terhadap satu proses linguistik yang disebut kaedah perbandingan yang dilaksanakan dalam disiplin ilmu yang disebut linguistik sejarah dan perbandingan. Ungkapan linguistik sejarah dan perbandingan terbentuk daripada dua istilah, iaitu linguistik sejarah dan linguistik perbandingan. Linguistik sejarah berfungsi meneliti perkembangan unsur dalaman dan luaran bahasa sejak awal kemunculan bahasa berkenaan sehingga suatu waktu tertentu. Fungsi linguistik perbandingan pula adalah untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih daripada dua dialek atau bahasa. Dialek atau bahasa yang digunakan dalam linguistik perbandingan merupakan dialek atau bahasa semasa, yakni yang wujud pada hari ini. Dialek atau bahasa semasa digunakan kerana diandaikan kedua-duanya wujud hasil perkembangan bahasa yang terdahulu. Dengan kata lain, terdapat bahasa yang lebih tua yang dianggap memencarkan dialek atau bahasa yang lebih muda. Waiau bagaimanapun, disebabkan perkembangan masa, dialek atau bahasa yang lebih muda mungkin berubah atau tidak sama lagi dengan bahasa induk yang menjadi pemencar itu. Oleh sebab itu, selain untuk mendapatkan gambaran tentang bahasa induk, perbandingan secara khusus digunakan untuk meneliti perubahan yang berlaku terhadap dialek atau bahasa yang dipencarkan daripada bahasa induk. Oleh ha! yang demikian, bidang perbandingan ini dianggap sebagai bidang yang mempelajari data-data daripada suatu bahasa atau lebih, sekurang-kurangnya dalam dua periode. Data-data daripada suatu bahasa dari dua periode atau lebih itu dibahdingkan secara cermat untuk memperoleh kaedah-kaedah perubahan yang terjadi dalam bahasa itu (Gorys, 1984,22). Dengan menggunakan gabungan kedua-dua pendekatan linguistik sejarah dan perbandingan yang dihuraikan, ahli bahasa berusaha menjangkau lebih jauh ke dalam kehidupan bahasa pada zaman prasejarah. Usaha ini dapat diteliti menerusi empat fokus kajian ilmu ini. Pertama, disiplin ini berusaha menelusuri sejarah sesuatu bahasa dan mengungkapkan perkaitan bahasa berkenaan dengan bahasa lain pada zaman prasejarah. Kedua, disiplin ini mencuba memulihkan, membina semula atau merekonstruksi bentuk bahasa induk yang dianggap memencarkan bahasa-bahasa sekerabat yang wujud sekarang. Ketiga, disiplin ini selanjutnya berfungsi membuat pengelompokan (subgrouping) atau pengelasan bahasa, yakni mengumpulkan bahasa-bahasa ke dalam kelompok bahasa berkenaan. Fokus keempat disiplin linguistik sejarah dan perbandingan ialah meramalkan pusat (atau pusatpusat) penyebaran bahasa (atau bahasa-bahasa) induk dan menelusuri perpindahan penutur bahasa induk berkenaan dari pusat (atau pusat-pusat) penyebaran berkenaan. Tumpuan kajian ini ialah kepada fokus yang pertama, yakni menelusuri sejarah sesuatu bahasa dan mengungkapkan perkaitan bahasa berkenaan dengan bahasa lain pada zaman prasejarah. Sebagaimana yang dinyatakan dalam linguistik sejarah dan perbandingan, pengungkapan perkaitan antara bahasa dilakukan menerusi kaedah perbandingan. Untuk tujuan ini makalah ini akan membandingkan kosa kata 10 bahasa Austronesia yang dipilih, mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara kosa kata bahasa-bahasa berkenaan dan meninjau proses perubahan umum yang dapat dikesan daripada perbandingan yang dijalankan.

Rujukan

1. Abdul Syukur Ibrahim, 1981. Tujuh bahasa Nusantara (sebuah kajian leksikostatistik). Penataran Linguistik Kontrastif dan Historis Komparatif Tahap III, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan FKSS IKIP, Malang.

2. Arlotto, A., 1972. An Introduction to Historical Linguistics. Boston: Houghton Mifflin Company.

3. Asmah Haji Omar, 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Dyen, I. (ed.), 1973. "Lexicostatistics in genetic linguistics". Proceedings of the Yale Conference, Yale University, April 3-4 1971. Mouton: The Hague.

5. Dyen, I. 1975. Linguistics subgrouping and lexicostatistics. Paris: The Hague.

6. Ellis, J. 1966. Towards a general comparative linguistics. Paris: Mouton The Hague.

7. Gudschinsky, S. "The ABC's of lexicostatistics (glottochronology)" dlm. Hymes, D., 1964, Language in culture and society, a reader in linguistic and anthropology, New York: Harper and Row, hlm. 612-623.

8. Gorys Keraf, 1984. Linguistik Bandingan Historis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

9. Harimurti Kridalaksana. "Perhitungan leksikostatistik atas delapan bahasa Nusantara Barat serta penentuan pusat penyebaran bahasa-bahasa itu berdasarkan teori migrasi" dalam Madjalah llmu-llmu Sastra Indonesia, Oktober 1964, hlm. 319-351.

10. Katicic, R., 1970. A contribution to the General Theory of Comparative Linguistics. Paris: Mouton The Hague.

11. Lehmann, W., 1962. Historical Linguistics and Introduction. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

12. McMahon, A.M.S., 1994. Understanding Language Change. Cambrideg: Cambridge University Press.

13. Noriah Mohamed. "Waktu Pisah dan Tingkat Kekerabatan Bahasa Melayu dengan Bahasa lban" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 38:2 Februari 1994, hlm. 129-143.

14. Noriah Mohamed. "Konsep Kekeluargaan Bahasa dan Kaedah Perbandingan dalam Linguistik Sejarah dan Perbandingan" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40:2, Februari 1996, hlm. 128-138.

15. Noriah Mohamed. "Pengelompokan Bahasa" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 43: 12 Disember 1999, hlm. 1077-1107.

16. Noriah Mohamed, 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

17. Noriah Mohamed. 2001. "Perbandingan Kuantitatif Bahasa Miri dengan Bahasa Melayu" dlm. Jurnal Bahasa 1 :3 September 200, hlm. 378-397.

18. Swadesh, M. (edited by Joel Sherzer, forward by Dell Hymes). 1971. The origin and diversification of language. London: Routledge and Kegan Paul.

19. Utjen Djusen Ranabrata, 1984. "Refleks fonem proto Melayu Polinesia dalam bahasa Indonesia". Jakarta: Penataran Linguistik Historis Komparatif IV Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
Telah diterbitkan
2022-12-21
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed, N., & Mohd. Yusof, R. (2022). Persamaan dan kemiripan bahasa: perbandingan kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa, 4(2), 279-359. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8555/4055