View Article Penguasaan bahasa Melayu oleh pelajar Melayu dalam arus globalisasi

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, Malaysia

Abstrak

Kajian ini berlujuan untuk menelili prestasi anak~anak Mclayu dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat UPSR dan PMR. Kajian telah dilakukan ke atas empat buah sekolah, Seramai 1000 pelajar tclah dijadikan sampcl dengan menjawab soalan pcperiksaan tahun 1999, 2000 dan 2001. Paparan data menunjukkan bagi peperiksaan UPSR lahun 1999, 113 pelajar telah mencatat pencapaian baik, turun pada 105 orang pada tahun 2000 dan hanya 38 orang pada tahun 2001. Pada peringkat PMR juga menunjukkan pola yang sama. Prestasi pelajar baik bagi tahun 1999 ialah 274 orang menurun kepada 142 pada tahun 2000 dan naik sedikit kepada 145 pada tahun 2001. Kajian ini mendapati pcnurunan prcstasi pclajar berkait rapat dengan bentuk soalan yang dikemukakan yang kami golongkan sebagai soalan bermasalah. Soalan bermasalah yang ditemui ialah 16 peratus bagi tahun 1999, 20 peratus bagi tahun 2000 dan 40 peratus bagi tahun 2001 bagi UPSR. Peralus soalan bermasalah PMR pula adalah 23.3 peratus pada tahun 1999, 33.3 peratus pada Lahun 2000 dan 30 peratus pada tahun 2001. Kajian ini juga mendapati soalan bennasalah ada kaitannya dengan aspek nahu yang bermasalah. Soalan bermasalah mengelirukan pelajar kerana soalan tersebut berteraskan nahu pegangan tetapi bertentangan pula dengan nahu praktis. Nahu praktis ialah nahu yang digunakan olch masyarakat umum sehari-hari yang disebarluaskan oleh media sebagai kesan daripada arus globalisasi.

Rujukan

1. Abd. Jalii Anuar, 2000. Pangkalan Data Korpus dalam Penyelidikan Bahasa: Kajian Kes memper-, Persidangan Linguistik ASEAN I . 14-16 Nov. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Blackmore. D., 1992. Understanding utterances. Oxford: Basil Blackwell.

3. Eng May Chuen, 2001. Penggunaan Kata Sendi Nama 'dari' dan 'daripada' dalam akhbar Berita Harian, Latihan /lmiah . Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Kamarul Din Arriffin, 2001. Kamus Dalam Pengajaran Bahasa: Satu Kajian Leksikografi, Kertas Projek. Jabatan Linguistik, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Mohd. Fazli Ibrahim, 1999. "Amerikanisasi ' dan Masa Depan Budaya Tempatan" dlm. Dewan Budaya ( 11 ). 54- 55.

6. Nik Safiah Karim et al. 1996. Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Nor Hashimah Jalaluddin, 1999. Semantik dalam Penulisan Buku Teks: Satu Tuntutan dalam Kurikulum, Jurnal Bahasa. Jil. 43 (8), 692-709.

9. Nor Hashimah Jalaluddin, 2000. Kesan Modenisasi dan Globalisasi pada Bahasa dan Budaya Melayu, Seminar Wacana Melayu, Kuala Terengganu.

10. Nor Hashimah Jalaluddin, 2001, Semantik Pragmatik dan Leksikografi. Jurnal Bahasa, Jid. 1 Bil. (3).

11. Noriah Mohammad, 2000. Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa. Kertas Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu lndonesia ke-2, Minden, Universiti Sains Malaysia.

12. Ramli Md. Salleh, Ismail Salleh, Idris Aman, Fadzeli Jaafar, 2000. Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah: Kajian di Sekolah-sekolah Rancangan Felda Negeri Sembilan, Penyelidikan Fakulti M/3/98, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13. Razali Arof, 1996. Pengantar Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. S. Nathesan, 1999. Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15. Sperber, D, D., dan Wilson, 1999. Teori relevans: Komunikasi dan kognisi (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16. Zaharani Ahmad, 200 l. Isu Pengimbuhan memper-kan dengan Kata Adjektif dalam Bahasa Melayu, ASEAN Linguistics Conference, Brunei Darussalam.
Telah diterbitkan
2022-12-21
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jalaluddin, N. (2022). View Article Penguasaan bahasa Melayu oleh pelajar Melayu dalam arus globalisasi. Jurnal Bahasa, 4(1), 63-95. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8559/4060