Amalan psikolinguistik dalam penguasaan sintaksis bahasa Melayu murid Tahun 1
Abstrak
Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti amalan psikolinguistik yang diterapkan oleh guru semasa mengajar dan dapat pula dihayati oleh murid Tahun 1. Amalan psikolinguistik tersebut membolehkan murid Tahun 1 memahami dan menguasai bahan bacaan asas pada peringkat sintaksis dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. Penyelidikan jenis eksperimen uji dan uji semula ditadbir ke atas sejumlah 50 orang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Morak dalam daerah Tumpat Kelantan. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada proses pengujian sebanyak dua kali berasaskan item yang terkandung dalam modul Asas Membaca. Selain menggunakan penyelidikan jenis eksperimen, penyelidik turut menggunakan kaedah pemerhatian terkawal ke atas semua subjek kajian. Tinjauan berasaskan soal selidik dilakukan terhadap guru dan subjek kajian yang terlibat, manakala temu duga tidak berstruktur dijalankan terhadap ibu bapa dan penjaga murid. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid dianalisis dan dirumuskan. Keputusan kajian ke atas subjek menunjukkan bahawa subjek boleh menguasai bacaan asas pada peringkat sintaksis dengan baik dan berkesan sesudah guru menerapkan amalan psikolinguistik dalam pengajarannya. Peningkatan penguasaan bacaan asas pada peringkat sintaksi berlaku kerana mereka didedahkan dengan kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik selaras dengan amalan psikolinguistik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi amalan psikolinguistik mempunyai pengaruh yang sangat signifikan ke atas pemahaman dan penguasaan kemahiran asas bacaan pada peringkat sintaksis dalam bahasa Melayu.
Rujukan
2. Bower, G. H. dan E. R. Hilgard, 1983. Theories of Learning. 5th edition. Englewood Cliffs:Prentice-Hall, Inc.
3. Chomsky, N., 1965. Aspects of the Theory of Synthax. Cambridge, Mass: The MIT Press.
4. Harold, H., 1970. Languageage and Personality. Los Angeles. University of California Press.
5. Herganhahn, B. R., 1989. An introduction to theories of learning, (3rd ed.). Englewood Cliffs. NJ: Prentice-Hall.
6. Hulstijn, J. H. And W. Hulstijn. 1984. Grammatical errors as a function of processing constraints and explicit knowledge. Language Learning, 34, hlm. 23-43.
7. Kementerian Pelajaran Malaysia, 1975. "Penyiasatan Mendalam Berhubungan Kaedah yang Sesuai bagi Mengajar Bacaan dalam Bahasa Melayu'' dlm. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Lenneberg, E.H., 1967. Biological Foundations of Language. New York: John Willey and Sons.
9. Mangantar Simanjuntak, 1985. "Pendekatan Psikolinguistik Kognitif dalam. Pengajaran Membaca Permulaan". Kertas kerja Seminar Pemanfaatan Beraneka Pendekatan Pengajaran Bacaan Asas bagi Situasi Bilik Darjah di Malaysia. Universiti Kebangsaan Mala sia 2 - 3 Mac 1985.
10. Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Mangantar Simanjuntak, 1988. ''Pendekatan Psikolinguistik Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Membaca bagi Kanak-kanak Berumur 4-6 Tahun", dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 32:3, hlm. 157- 169.
12. Noor A ina Dani, 2000. Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu, Serdang: IDEAL UPM.
13. Santha Oorjitham, 2005. Higher Education Revolution During Ninth MaIaysian Plan. http://www.bernama.com. Diakses pada 21 Disember 2005.
14. Slinker, L., 1974. '' Interlanguage in Error". dlm. J.C. Richards (ed.) Error Analysis. London: Longman.
15. Selinker, L., 1974. "Interlanguage" dlm. J. Schumann, dan N. Stenson (ed.), New Frontiers in Second Language Learning. Rowley, MA: Newbury House.
16. Tolman E.C .. 1932. Purposive Behavior in Animals and Men. New York: Appleton-Century-Crofts.
17. Tolman, E.C., 1948. Cognitive Maps in Rats and Men. Psychological Review, 55, hlm.189- 208
18. Tolman E.C., 1949. "There is More Than One Kind of Learning" dlm. Psychological Review, 56, hlm. 144- 155.
19.T olman E. C., 1949. "Principles of Purposive Behaviour". dlm. S. Koch (ed.) Psychology: A Study of Science. New York: Me Graw-Hill.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.